Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2023, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Sambutan kemerdekaan pada tahun ini diserikan lagi dengan logo dan tema Hari Kebangsaan 2023, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Tema itu diumumkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Turut dilancarkan pada majlis yang sama ialah Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Fahmi berkata tema sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 dipilih hasil kerjasama kumpulan pemikir yang menyokong semangat kesukarelawanan yang dianggotai 16 pakar pelbagai bidang.

Ahli akademik, budayawan, personaliti media, pertubuhan belia, badan bukan kerajaan (NGO), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ikon belia dan pengaruh media sosial juga antara yang turut terlibat.

Baca juga: Pakej Cuti-Cuti Cikgu dengan Kerjasama Pelbagai Agensi

Perincian Tema Hari Kebangsaan 2023

Tema ini merangkumi keazaman dan komitmen pemimpin kepada rakyat sebagai sebuah negara yang mempunyai semangat untuk bersatu padu, membentuk semangat perpaduan yang tinggi serta kehidupan yang aman dan makmur sebagai sebuah negara bangsa.

Ini turut disokong oleh teras Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat merasai segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kelestarian budaya, kreativiti, keyakinan, kesejahteraan, rasa hormat dan budi bahasa negara.

Terkini: Takwim Persekolahan bermula Januari – Menteri Pendidikan

Logo dan Tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2023

Pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara

Selain fokus tema hari kebangsaan yang diumumkan, pemilihan logo Malaysia MADANI ini pula dipilih berdasarkan reka bentuk logo simbolik yang unik, “Tangan diangkat, lafazkan prinsip kebangsaan; Rukun Negara”

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!