Pakej Cuti-Cuti Cikgu Mampu Milik Memperkasa Kebajikan Guru

Program Cuti-Cuti Cikgu Mampu Milik 2023 ini diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melalui pengumuman 10 inisiatif yang akan dilaksana untuk memperkasa kebajikan serta mengurangi beban guru pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

10 inisiatif baru ini adalah selain daripada 7 langkah yang diputuskan sebelumnya oleh KPM insha-Allah akan membantu mengurangi perbelanjaan, merencanakan ekonomi, dan meningkatkan kesejahteraan negara.

Salah satu inisiatif yang mendapat perhatian kali ini ialah memberikan istirahat melalui Program Cuti-Cuti Guru. Berikut dikongsikan antara 10 usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang lain:-

  1. Penambahbaikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
  2. Perluasan sekolah Komprehensih K9 dengan pertambahan 10 sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.
  3. Perluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah.
  4. KPM bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan.
  5. Kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sewaktu bertugas.
  6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru.
  7. Mempertingkatkan peranan kumpulan Guru Insani Malaysia.
  8. Mempertingkat peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam mempertingkatkan professionalisme guru dan menjaga kebajikan guru.
  9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0.

Rakan Strategik Program Cuti-Cuti Cikgu

Penawaran Pakej Cuti-cuti Cikgu (CCC) merupakan kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia (MOTAC), koperasi dan agensi- agensi berkaitan.

Pakej ini merupakan tawaran istimewa percutian untuk guru sempena Sambutan Hari Guru 2023 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak kerajaan kepada semua guru KPM yang sedang berkhidmat.

MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia telah mendapatkan tawaran istimewa daripada penggiat industri pelancongan seluruh Malaysia seperti hotel, agensi pelancongan, taman tema dan lain-lain untuk menjayakan inisiatif ini.

Klik pautan di bawah untuk melihat tawaran pakej:

Cuti-Cuti Cikgu

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Cuti-Cuti Cikgu

Leave a Comment

error: Content is protected !!