Pekeliling Lawatan Sambil Belajar Pada Hari Persekolahan Bermula 2023

Terdapat penambahbaikan pada Pekeliling Lawatan Sambil Belajar Pada Hari Persekolahan Bermula 2023. Kami juga akan berkongsi borang lawatan murid, borang permohonan dan prosedur lawatan. Pada sebelum ini, maksimum hanya dua lawatan pada hari persekolahan sahaja untuk setiap sekolah dalam tempoh setahun.

Melalui pekeliling terkini, lawatan murid sekolah semasa hari persekolahan diberikan dua kali dalam setahun bagi setiap murid dan boleh dilakukan berdasarkan keperluan, kemampuan dan kesesuaian sekolah. Lawatan luar semasa di hari persekolahan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran bagi setiap murid.

Kemenjadian murid kekal menjadi agenda utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran di dalam bilik darjah semata-mata.

Muat Turun Pekeliling Lawatan Sambil Belajar Pada Hari Persekolahan

Kementerian Pendidikan sentiasa memberi galakan kepada pihak sekolah mengadakan lawatan untuk murid. Melalui aktiviti ini pastinya guru-guru dapat memberi ilmu dengan lebih berkesan dan menerapkan nilai-nilai murini mengikut 7 teras utama yang telah dikenal pasti, dengan hasrat pendidikan secara holistik.

Dalam inisiatif pertama yang diumumkan oleh YB Menteri Pendidikan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023, lawatan semasa hari persekolahan adalah sebahagian daripada Proses Pengajaran (PdP).

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

Untuk pengumuman atau panduan lain mengenai hal ehwal penjawat awam, profesion perguruan dan dunia pendidikan, sila rujuk pautan berikut:

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Lawatan Sambil Belajar

Leave a Comment

error: Content is protected !!