Surat Pekeliling dan Kesan Cuti Tanpa Gaji (CTG) Kepada Penjawat Awam

Apakah kesan Cuti Tanpa Gaji (CTG) bagi penjawat awam atau kakitangan kerajaan? Ada ketikanya pegawai atau guru menghadapi situasi yang memaksa untuk mereka fokus terhadap sesuatu urusan dan mengambil keputusan untuk memohon CTG.

Keputusan memohon CTG kebiasaannya merupakan pilihan terakhir yang akan diambil oleh penjawat jawatan yang masih ingin meneruskan perkhidmatan. Jangan bimbang kerana CTG tidak akan menjejaskan status anda sebagai penjawat awam.

Jom kita lanjutkan bacaan dengan merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan BILANGAN 4 TAHUN 2009 yang menerangkan kesan-kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan CTG.

Sebab dan Alasan Cuti Tanpa Gaji

Setiap permohonan pastinya mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri. Antara alasan atau sebab peribadi yang kebiasaannya diberikan oleh pemohon adalah:

  1. Mengikut pasangan yang bertugas di luar negara.
  2. Menjaga anak yang baru dilahirkan.
  3. Menjaga anak sakit yang memerlukan penjagaan rapi.
  4. Menjaga anak OKU.
  5. Pasangan yang sakit dan memerlukan bantuan penjagaan.
  6. Berkursus.
  7. Sakit berlanjutan seperti barah atau kanser.

Bacaan Lanjut: Contoh Surat Tunjuk Sebab

Peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti terdapat dalam pelbagai peraturan seperti berikut:

  • Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti) 1974;
  • Akta Pencen 1980 (Akta 227);
  • Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239);
  • Peraturan-Peraturan Pencen 1980;
  • Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990; dan
  • P.U.(A)176/ 2005 – Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Kesan-Kesan Cuti Tanpa Gaji

Pegawai atau penjawat awam yang diluluskan CTG tidak layak menerima gaji pokok bulanan, imbuhan tetap dan elaun- elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan sebaliknya.

Walau bagaimanapun, bagi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji, pegawai layak menerima Elaun Bantuan atas kadar bersamaan separuh gaji pokok (tidak termasuk imbuhan tetap dan elaun-elaun lain).

Berikut merupakan kesan-kesan pengambilan CTG:

  1. Tidak layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa kecuali kemudahan perubatan;
  2. Tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh CTG jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat yang berkuat kuasa;
  4. Layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan;
  5. Tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan:
  6. Tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran Insentif Wilayah; dan
  7. Tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku, Elaun Penanggungan Kerja bagi pegawai yang sedang menanggung kerja;
  8. Tidak layak dibayar BIPK / BISP dan juga Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan;
  9. Terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBTG untuk berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian;
  10. Tempoh CTG tidak diambil kira:
    • Sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan;
    • Untuk tujuan kekananan kecuali pegawai diluluskan CBTG;
    • Sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen;
    • Sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain;
    • Bagi tujuan tempoh notis peletakan jawatan;
  11. CTG yang diluluskan kerana mengikut pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri dan Cuti Menjaga Anak tidak menjejaskan kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C 1974.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan borang cuti tanpa gaji sebab peribadi. Lengkapkan borang dan rujuk ketua jabatan untuk tindakan yang selanjutnya.

Artikel Berkaitan:-

  1. Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
  2. ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
  3. Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
  4. Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  6. Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
  7. Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
  8. Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
  9. Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
  10. Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Untuk pengumuman atau panduan lain mengenai hal ehwal penjawat awam, profesion perguruan dan dunia pendidikan, sila rujuk pautan berikut:

Leave a Comment

error: Content is protected !!