Semak Keputusan egTukar Guru KPM Sesi Jun 2023

Bagi semua guru yang telah membuat permohonan, bolehlah semak keputusan egtukar guru sesi Jun 2023 bermula 26 mei 2023, jam 6.00 petang. Keputusan ini melibatkan permohonan pertukaran antara bahagian / antara negeri, antara daerah, dalam daerah.

Seperti yang sudah ketahui, semua permohonan pertukaran perlulah dibuat secara dalam talian, dikemukakan melalui Modul e-GTukar. Borang permohonan pertukaran secara dalam talian ini pula perlu dicetak dan diserahkan bersama-sama dokumen sokongan kepada Pengetua/ Guru Besar.

Setelah melepasi fasa permohonan, para pendidik yang memohon bolehlah menyemak keputusan permohonan menggunakan langkah-langkah berikut.

Cara Semak Keputusan egtukar Guru KPM

  1. Layari portal rasmi https://epgo.moe.gov.my/
  2. Masukkan Id Pengguna, Kata Laluan dan No. Kad Pengenalan.
  3. Klik butang Daftar Masuk.
  4. Klik pada Semakan Permohonan
  5. Semoga berjaya!

Kriteria Mempengaruhi Keputusan egtukar Guru KPM

Terdapat tiga sebab atau alasan yang membolehkan permohonan guru ke daerah atau negeri yang dipohon itu diluluskan, iaitu:

  1. Keperluan perkhidmatan
  2. Kekosongan jawatan
  3. Keperluan opsyen di daerah yang dipohon

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!