Informasi Kemaskini APDM Ibu Bapa ini kami bawakan untuk dijadikan panduan kemaskini maklumat untuk ibu bapa atau penjaga murid yang bersekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. FLIP DOT MY juga akan menunjukkan cara-cara log masuk (login) ke dalam sistem ini.
Log masuk untuk membuat semakan atau kemaskini maklumat sekiranya ada pertukaran data seperti alamat tempat tinggal, pekerjaan, status jagaan atau perkahwinan, nombor telefon, bilangan anak dan lain-lain lagi.
Maklumat-maklumat dalam sistem ini adalah sangat penting kerana ia merupakan rujukan utama semua pihak. Terkini, maklumat vaksinasi juga turut dimuatkan dalam sistem ini.
Baca: Cara Kemaskini Maklumat Vasinasi Murid
Cara Login APDM Ibu Bapa 2022
Dengan adanya sistem Aplikasi Data Murid dalam talian (online) ini. ibu bapa dapat menyalurkan maklumat dengan lebih mudah. Guru-guru, pihak pejabar pendidikan daerah, dan juga jabatan dapat mengakses data dengan kadar yang pantas.
Bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan sistem ini, ikuti langkah berikut:-
- Layari portal rasmi https://public.moe.gov.my
- Cari bahagian DAFTAR MASUK di sebelah kiri paparan.
- Klik PENGGUNA BARU untuk mendaftar.
- Masukkan kesemua MAKLUMAT DIRI dan juga MAKLUMAT AKAUN yang diperlukan.
- Pastikan anda menggunakan alamat emel yang aktif dan mudah diingati
- Akhir sekali, klik butang Daftar.
Setelah berjaya mendaftar, cuba login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan. Layari https://public.moe.gov.my untuk log masuk.
APDM Ibu Bapa: Lupa Kata Laluan
Seringkali kita berhadapan dengan situasi terlupa kata laluan. Ini bukan sahaja berlaku untuk akses APDM sahaja, tetapi mana-mana laman sesawang yang jarang-jarang di akses. Cuba ingat kembali apa kata laluan yang telah digunakan pada waktu pertama kali log masuk.
Sekiranya gagal menemui dan puas mencuba, pengguna portal APDM ini boleh menetapkan semula kata laluan yang baharu. Ikuti langkah-langkah di bawah:-
- Masuk ke paparan utama APDM untuk ibu bapa di pautan https://public.moe.gov.my/.
- Perhatikan di kotak bahagian Log Masuk.
- Klik LUPA KATA LALUAN di sudut bawah kota tersebut.
- Terdapat 3 pilihan cara pengesahan untuk mendapatkan semula kata laluan.
- Klik bahagian tetingkap EMEL, SOALAN KESELAMATAN atau PADANAN ANAK.
- Masukkan nombor kad pengenalan penjaga yang berdaftar.
- Isi butiran yang dipinta dan klik Mohon Kata Laluan.
- Kata laluan akan dihantar ke emel ibu bapa atau penjaga yang didaftarkan semasa kali pertama mendaftar.
Semoga perkongsian Panduan Login, Semakan dan Kemaskini APDM Ibu Bapa ini dapat membantu guru-guru dan ibu bapa untuk mengakses laman web ini dengan lancar.
Artikel Berkaitan:-
- Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
- ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
- Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
- Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
- Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
- Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
- Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
- Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
nemudahkan ibu baoa