SMPK Prasekolah ialah akronim kepada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan yang merupakan pangkalan data penting dalam pengurusan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan institusi lain yang berdaftar. Sistem maklumat ini menyimpan maklumat institusi, senarai staf, kelas dan juga data-data murid.
Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan ini mempunyai 3 matlamat utama, iaitu:
- Membentuk sistem maklumat yang komprehensif di peringkat nasional.
- Pastikan akses terpusat ke data dengan pantas dan tepat di semua peringkat.
- Memperkukuhkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pelaksanaan di semua peringkat melalui SMPK Prasekolah.
Pembangunan portal ini adalah langkah tepat untuk memastikan maklumat bersepadu dan tepat. Penjimatan masa dan tenaga berbanding pengumpulan data secara manual. Selain itu, dengan menggunakan sistem ini, pengurusan maklumat menjadi lebih seragam dan teratur.
Pada awal pembinaanya, portal ini adalah berfungsi sebagai:-
- Pusat pengumpulan maklumat untuk kanak-kanak prasekolah 2009.
- Permohonan pemilihan dan penempatan murid-murid baharu pada setiap tahun.
- Pengurusan maklumat guru, pembantu pengurusan murid dan institusi pendidikan awal kanak-kanak.
- Penjanaan data bermula pada tahun 2009 dan seterusnya.
Panduan Log Masuk SMPK Prasekolah KPM dan Swasta
- Layari laman web SMPK.MOE.GOV.MY [KLIK PAUTAN]
- Log masuk menggunakan id pengguna dan juga kata laluan yang telah ditetapkan, Contohnya:-
- ID Pengguna: BBA8621PRA
- KATALALUAN : XXXXX
- Setelah berjaya log in, perhatikan menu yang terdapat pada sebelah kiri paparan. Klik butang INSTITUSI untuk semakan dan pengemaskinian maklumat institusi. Seterusnya klik KEMASKINI jika paparan maklumat am adalah yang terkini.
- Paparan terbaik melalui aplikasi Mozila 3.5 ke atas dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1280 x 1024.
Sekiranya guru-guru menghadapi sebarang permasalahan untuk mengakses sistem ini, hantarkan aduan melalui emel [email protected]. Nyatakan terlebih dahulu Kod Sekolah dan juga nama sekolah cikgu untuk permudahkan urusan bantuan dengan kadar yang segera.
Kesinambungan SMPK dan ePrasekolah
Portal Rasmi SMPK Prasekolah sebenarnya sama juga seperti eOperasi untuk guru prasekolah dan tadika. Ia adalah tempat pengurusan sekolah yang banyak digunakan oleh semua pentadbir dan guru. Sekiranya terdapat perubahan, guru mesti mengemas kini maklumat yang diperlukan dari masa ke masa.
ePresekolah adalah lebih sepadan dibandingkan dengan APDM, namun fungsinya bukanlah untuk mencatat kehadiran murid. Sebaliknya, menjadi medium pendaftaran yang akan diguna pakai oleh ibu bapa untuk mendaftar anak-anak yang akan memasuki tadika atau prasekolah tahun depan.
Terdapat pegawai yang bertugas akan membantu menguruskan pendaftaran prasekolah di setiap negeri. Hubungi Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah berikut untuk mengemukakan pertanyaan lanjut:-
NEGERI | ALAMAT EMEL |
JPN Johor | [email protected] |
JPN Kedah | [email protected] |
JPN Kelantan | [email protected] |
JPN Melaka | [email protected] |
JPN Negeri Sembilan | [email protected] |
JPN Pahang | [email protected] |
JPN Perak | [email protected] |
JPN Perlis eprasekolah. | [email protected] |
JPN Pulau Pinang | [email protected] |
JPN Sabah | [email protected] |
JPN Sarawak | [email protected] |
JPN Selangor | [email protected] |
JPN Terengganu | [email protected] |
JPWP Kuala | Lumpur [email protected] |
JPWP Labuan | [email protected] |
JPWP Putrajaya | [email protected] |
Artikel Berkaitan:-
- Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
- ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
- Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
- Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
- Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
- Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
- Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
- Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].