Contoh Quotation Sebut Harga Paling Mudah dan Ringkas

Contoh Quotation atau Sebut Harga yang paling mudah dan ringkas ini dikongsikan untuk membantu pengurusan kewangan atau proses jual beli. Pengurus maklumat dan data kewangan atau perniagaan perlu tahu cara untuk buat, baca dan juga semak quatation setiap kali adanya transaksi keluar masuk wang ke dalam akaun syarikat atau organisasi.

Sebut harga amat penting semasa menguruskan transaksi syarikat atau organisasi, tidak kiralah ketika meminta sebut harga daripada kontraktor, pendawaian elektrik, baju korporat, barangan runcir, barang jahitan, aircond, barang pejabat atau apa juga barang atau keperluan yang lain.

Sekiranya berurusan dengan agensi kerajaan, pegawai perlu mengumpul tiga (3) senarai sebut harga sebelum mengambil keputusan untuk menguruskan pembelian dengan mana-mana pihak pembekal.

Cara Buat Sebut Harga

Quotation atau sebutharga adalah dokumen atau surat tawaran yang mengandungi maklumat mengenai produk dan harga yang akan diberikan oleh pihak pembekal atau penyedia perkhidmatan. Pihak pelanggan kebiasaannya akan membuat permintaan surat penawaran setelah tertarik untuk berurusan dengan pihak kita.

Oleh itu, apabila ditanya mengenai produk yang dijual oleh pembekal atau penjual, Quotation atau Sebut Harga ini adalah maklumat dan jawapan mengenai produk yang diberikan kepada pelanggan dalam bentuk rasmi.

Jika merujuk contoh quotation yang disediakan, surat sebut harga biasanya merangkumi maklumat terperinci dan penting yang berkaitan dengan produk yang dijual, termasuk:

  1. Nama produk berserta keterangan seperti keadaan atau kondisi produk tersebut.
  2. Jumlah Unit Produk/Perkhidmatan
  3. Harga bagi setiap unit produk atau perkhidmatan
  4. Jumlah diskaun atau potongan harga sekiranya membuat belian secara secara pukal
  5. Kaedah pembayaran (tunai/pemindahan dalam talian/cek)

Item-item ini perlu terkandung dalam helaian sebut harga yang disediakan.

Cara Semak Quotation

Apabila berada dalam situasi pelanggan, pastikan teliti dahulu butiran yang terdapat dalam sebut harga. Contoh quotation ada dilampirkan dalam gambar di bawah. Segala perakuan dan persetujuan akan memberikan implikasi kewangan kepada syarikat atau organisasi. Semak butiran berikut dalam quotation yang diterima:-

  1. Nama syarikat pembekal adalah betul
  2. Nombor telefon syarikat masih aktif untuk dihubungi
  3. Tarikh pengeluaran quotation
  4. Nombor sebut harga dicatatkan
  5. Bilangan Item yang sepadan
  6. Harga pembelian yang ditawarkan
  7. Jumlah besar nilai quotation adalah tepat

Contoh Quotation Mudah dan Ringkas

Setelah mengetahui cara untuk sediakan dan menyemak quotation, FLIP DOT MY sediakan juga contoh-contoh sebut harga yang boleh dijadikan panduan.

Rujuk contoh-contoh di atas untuk menyediakan sebut harga yang baik. Sekiranya ingin membuat sebut harga dengan cepat dan ringkas atau simple, boleh terus menjana secara automatik melalui Quotation Generator Online secara percuma.

Contoh Quotation Sebut Harga

Sebagai pembekal atau penyedia perkhidmatan, sekiranya harga yang ditawarkan itu diterima, anda boleh sahaja menukarkan sebut harga tersebut kepada bentuk invois untuk urusan selanjutnya.

Baca juga: Contoh-Contoh dan Cara Buat Invois (invoice)

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!