SumberKU MOE: Pusat Bahan Sokongan Pembelajaran Digital

Guru, pelajar, dan ibu bapa kini boleh mengakses sumber pembelajaran dan pengajaran (PdP), bahan sokongan secara digital melalui repositori SumberKU MOE yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebagai maklumat tambahan, SumberKU ialah sebuah sistem penyimpanan digital yang digunakan untuk mengurus, menyimpan dan menyediakan akses kepada sumber dan koleksi bahan PdP digital. Portal ini memuatkan bahan-bahan kegunaan guru dan murid sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah.

SumberKU merupakan pusat sehenti yang direka untuk memberi kemudahan kepada guru, murid, dan ibu bapa mengakses pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang boleh digunakan sebagai aktiviti pembugaran, pengukuhan dan pengayaan isi pembelajaran di rumah.

Kemudahan dalam SumberKU MOE

Guru-guru, murid-murid, dan ibu bapa yang menggunakan repositori SumberKU ini menikmati pelbagai keistimewaan, termasuklah:

  1. Guru-guru, murid-murid, dan ibu bapa boleh menggunakan SumberKU secara percuma.
  2. SumberKU dapat diakses melalui peranti digital seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar.
  3. Pengguna boleh memuat turun bahan di repositori ini.
  4. Dapat membuat carian bahan dengan mudah, tidak memerlukan log masuk, ID atau kata laluan.

SumberKU juga menyediakan pautan kepada empat bahan sokongan PdP digital lain yang boleh diakses oleh guru, murid-murid, dan ibu bapa, iaitu:

SumberKU MOE kit pembugaran literasi numerasi
SumberKU KPM Strategi Mampatan, Pecutan dan Pengayaan (M2P)
SumberKU KPM SELF
SumberKU KPM u-Pustaka

Kit Pemugaran Literasi dan Numerasi

Kit Pemugaran Literasi dan Numerasi ialah kit yang dibangunkan untuk memperkukuh kemahiran asas literasi dan numerasi dalam kalangan murid-murid Tahap I yang belum lagi menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi.

Perincian kandungan modul dalam kit ini ialah:

  1. Panduan Umum Pelaksanaan Pemugaran Literasi dan Numerasi
  2. Modul Asas Literasi Bahasa Melayu 
  3. Modul Asas Numerasi Versi Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris/Bahasa Cina/Bahasa Tamil.

Baca juga: DELIMa KPM Login : Panduan Guru dan Murid

SELF (Student Enrichment Learning Framework)

Dalam SumberKU MOE juga terdapat SELF. SELF pula ialah himpunan pembelajaran kendiri yang menyediakan cadangan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk untuk membimbing murid membuat aktiviti dan latihan secara kendiri.

Koleksi bahan ini adalah bertujuan untuk memaksimumkan potensi diri serta menguasai kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari. Koleksi pembelajaran kendiri SELF ini melibatkan beberapa mata pelajaran iaitu:

  1. Bahasa Melayu (Tahun 2 dan 3)
  2. Bahasa Melayu SJK (Tahun 1 dan 2)
  3. Bahasa Inggeris (Tahun 1 hingga 6)
  4. Sejarah (Tahun 4 hingga 6)
  5. Bahasa Cina SJKC (Tahun 1)
  6. Bahasa Tamil SJKT (Tahun 1 dan 2)

Strategi Mampatan, Pecutan dan Pengayaan (M2P)

Strategi Mampatan, Pecutan, dan Pengayaan (M2P) adalah satu pilihan strategi yang boleh dipertimbangkan dan digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai kandungan kurikulum yang dihasratkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Melalui Strategi M2P, guru boleh memampatkan kandungan kurikulum sebagai PdP mengikut kesesuaian, kebolehan dan keperluan murid tersebut.

Baca Lanjut: Strategi M2P – Mampatan, Pecutan dan Pengayaan

u-Pustaka

u-Pustaka ialah portal perpustakaan secara atas talian yang membolehkan guru, murid, dan ibu bapa mendapatkan bahan-bahan bacaan secara atas talian.

Kewujudan portal u-Pustaka adalah sinergi kolaboratif yang diwujudkan antara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Cara Mengakses Portal SumberKU MOE

Portal SumberKU KPM

Untuk membuat carian repositori SumberKU, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman sesawang https://sumberku.moe-dl.edu.my/.
  2. Klik pada bahagian Carian Bahan.
  3. Pilih butang Proceed.
  4. Pilih tahun/tingkatan, mata pelajaran, aktiviti, bentuk bahan, dan sasaran bahan.
  5. Klik mata pelajaran yang ingin dipilih.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

3 thoughts on “SumberKU MOE: Pusat Bahan Sokongan Pembelajaran Digital”

Leave a Reply to RAOBAH BINTI SULAIMAN Cancel reply

error: Content is protected !!