Semakan MRSM 2024: Kemasukan Tingkatan 1 dan 4

Calon dan juga ibu bapa boleh membuat Semakan MRSM 2024 untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan juga tingkatan 4. Calon-salon boleh membuat semakan tawaran secara online menggunakan nombor kad pengenalan. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.

Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima/tolak tawaran kemasukan mrsm dalam tempoh tujuh (7) hari. Sekiranya tidak membuat pengesahan terima/tolak tawaran dalam tempoh tujuh (7) hari, secara automatik dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM.

Semakan MRSM 2024 : Keputusan Tawaran

Tarikh buka semakan adalah bermula jam 8.00 malam, 18 Januari 2024. Sila klik pautan di bawah untuk menyemak keputusan tawaran bagi sesi 2024 / 2025 untuk kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4:

  1. Layari portal rasmi Mara di www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA di bawah
    • Semakan tawaran MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
  2. Tuan/ puan boleh juga masuk melalui pautan di bawah secara langsung:
  3. Semak menggunakan nombor kad pengenalan calon.
  4. Keputusan akan dipaparkan.
Semakan MRSM 2024 Form 1 Form 4

Maksud Jawapan Semakan MRSM 2024

JawapanPenerangan
Tahniah, Permohonan Berjaya.Calon lulus Ujian Kecenderungan. Kemasukan MRSM (UKKM) dan
menerima tawaran ke MRSM.
Prmohonan anda tidak berjaya.Anda gagal dalam UKKM.
Selamat Maju Jaya. Sekiranya tidak menerima makluman
tawaran melalui SMS atau semakan dalam sistem sebelum 20 Mei 2024, permohonan adalah tidak berjaya.
Calon gagal disebabkan tidak memenuhi syarat. Calon berada dalam status calon
simpanan dan berpeluang ditawarkan
penempatan secara berperingkat sekiranya terdapat kekosongan

Senarai Tawaran Program di MRSM

Bidang MRSM Permohonan MRSM

Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di Maktab Rendah Sains MARA ini. Kesemua enam program ini adalah berpaksikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Setiap satu kampus akan memberikan tawaran program yang berbeza.

Berikut merupakan program yang ditawarkan:

  1. Program Premier menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum MARA yang merangkumi modal pembangunan sahsiah, modul keusahawanan clan modul kemahiran insaniah.
  2. Program Bitara menawarkan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM untuk pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
  3. Program Ulul Albab ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program a liran agama termasuk Tahfiz Al-Cluran.
  4. Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education).
  5. Program IB MYP melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka Middle Years Programme dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.
  6. Program Teknikal melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan elemen teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah dan Kejuruteraan Mekanikal atau Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik pada peringkat menengah atas.

Baca Juga: Senarai MRSM di Seluruh Malaysia mengikut Tawaran Program

Jika terdapat sebarang kekeliruan atau memerlukan maklumat lanjut setelah membuat Semakan MRSM 2024, boleh langsung ke pautan berikut:-

  1. Facebook Rasmi Majlis Amanah Rakyat
  2. eWarta MARA
  3. Portal Web Rasmi MARA

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

semakan mrsm

Leave a Comment

error: Content is protected !!