Sesi persekolahan 2024/25: ‘Dua hari pakai seragam, dua hari baju sukan’

Murid-murid boleh memakai pakaian sukan untuk ke sekolah. Mulai sesi persekolahan 2024/2025, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu sahaja.

Dengan ini adalah diputuskan sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk guru dan wakil komuniti, bahawa:

Jumlah HariJenis Pakaian
2 Hari Pakaian Seragam Sekolah
2 Hari Pakaian Sukan
1 Hari Pakaian Kokurikulum.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM membuat keputusan sedemikian sejurus selesai sesi libat urus bersama pelbagai pihak termasuk guru-guru dan wakil komuniti.

“Bagi sesi 2024/2025 yang bermula Mac ini, setelah sesi libat urus dengan semua pihak, baik pihak industri, mereka yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya guru-guru, pentadbir dan wakil-wakil komuniti, maka KPM memutuskan untuk pakaian seragam bagi 2024/2025 diteruskan seperti berikut, dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 Menteri Pendidikan di sini, pada Jumaat.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian kepada semua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Sebelum ini KPM memberi kelonggaran pemakaian baju sukan pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment

error: Content is protected !!