Permohonan SMKA 2022: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Pastinya ramai guru, murid dan ibu bapa tercari-cari info berkaitan Permohonan SMKA 2022. FLIP.MY kini berkongsi info tentang maklumat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh Malaysia.

Idea penubuhan SMKA pada awalnya diilhamkan oleh Almarhum Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa, PPengarah Bahagian Agama Kementerian Pendidikan Malaysia (terdahulu dikenali Kementerian Pelajaran Malaysia) ketika itu.

Sekolah ini sememangnya memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan rata-rata masyarakat Islam yang menyedari manfaat penubuhannya. Penubuhan SMKA dilihat seiring dengan usaha memajukan sistem pendidikan Negara.

Proses penambahbaikan sistem pendidikan dalam bidang dan ajarab Islam di sekolah-sekolah agama anat bertepatan dengan perkembangan semasa. Justeru, idea dan cadangan Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Baca Juga: Senarai MRSM Seluruh Negara Mengikut Tawaran Aliran

Keistimewaan-Keistimewaan SMKA

Pihak kementerian sedar akan hasrat ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak melanjutkan pengadi di sekolah ini. Berikut merupakan antara keistimewaan dan faedah yang akan diperoleh sewakti belajar di sini:-

  • Persekiratan yang sentiasa mengamalkan budaya hidup Islam
  • Anak-anak akan mendapat peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk belajar dan kuasai Bahasa Arab, Jawi dan Kemahiran Al-Quran
  • Berpotensi besar untuk menjadi tenaga pakar yang memahami ajaran Islam
  • Membangunkan dan melahirkan pendakwah yang berhikmah dan juga bertanggungjawab

Bacaan Lanjut: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Syarat Kemasukan SMKA

Murid-murid yang sedang menunggu Permohonan SMKA dibuka atau berhasrat untuk menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama perlu meneliti kriteria pemilihan murid bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 ini:-

Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa Negeri atau Bahagian Swasta KPM
  3. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Penilaian Murid Aliran Agama (PMAA)
  4. Sijil Pencapaian Program j-QAF/Ujian Penilaian Kelas KAFA
  5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 4

  1. Warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama yang berdaftar dengan pihak berkuasa Negeri atau Bahagian Swasta KPM
  3. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) 2020
  4. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
  5. Syarat Khusus TMUA,
    a. Menghafal Juz Al-Quran tertentu
    b. Mengambil Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran semasa Menengah Rendah

Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sebelum membuat Pemohonan SMKA, rujuk terlebih dahulu senarai sekolah ini untuk membuat perancangan yang seterusnya. Ada ibu bapa yang gemar menghantar anak-anak ke sekolah yang berhampiran rumah ataupun berhampiran rumah saudara-mara.

Ada juga yang lebih terdorong untuk memilih sekolah yang memiliki prestasi akademik dan kokurikulum atau aliran agama. Rujuk senarai di bawah:-

NegeriSenarai Sekolah
PERLISSMKA Arau
SMKA (P) Kangar
KEDAHSMKA Kedah
SMKA Baling
SMKA Sik
SMKA Yan
PULAU PINANGSMKA (L) Al-Mashoor
SMKA (P) Al-Mashoor
SMKA Nibong Tebal
SMKA Al-Irsyad
KUALA LUMPURSMKA Kuala Lumpur
NEGERI SEMBILANSMKA Sheikh Haji Mohd Said
SMKA Pedas
PERAKSMKA Sultan Azlan Shah
SMKA Slim River
SMKA Kerian
SELANGORSMKA Simpang Lima
SMKA Kuala Selangor
SMKA Maahad Hamidiah
MELAKASMKA Sharifah Rodziah
SMKA Sultan Muhammad
JOHORSMKA Maahad Muar
SMKA Segamat
SMKA Johor Bahru
SMKA Bandar Penawar
PAHANGSMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
SMKA Pahang
TERENGGANUSMKA Sheikh Abdul Malik
SMKA Tok Jiring
SMKA Wataniah
SMKA Durian Guling
SMKA Kuala Abang
SMKA Nurul Ittifaq
KELANTANSMKA Naim Lil Banat
SMKA Falahiah
SMKA Wataniah
SMKA Melor
SMKA Tangok
SMKA Lati
SABAHSMKA Tun Sakaran
SMKA Sandakan
SMKA Muhamad Ali Ranau
SMKA Inanam
SMKA Limauan
SMKA Kota Kinabalu
SMKA Tun Datu Mustapha
SMKA Tun Said
SARAWAKSMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
SMKA Matang
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Tun Ahmad Zaidi
SMKA Limbang
SMKA Igan
SMKA Seri Aman

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan SMKA Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Permohonan SMKA dan Semakan Keputusan
Pihak FLIP DOT MY ingin memaklumkan bahawa tawaran permohonan kemasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama kini dibuka. Murid-murid yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke sino boleh memohon dam menduduki pentaksiran yang akan dijalankan:-
Permohonan Tingkatan Satu (1) 2022
https://spskt1.moe.gov.my/
Permohonan Tingkatan Empat (4) 2022
https://spskt4.moe.gov.my/

Tarikh Permohonan Dibuka : 10 Oktober 2022

Tarikh Tutup Permohonan SMKA : 15 November 2022

Keputusan Pemilihan Murid : 15 Mac 2022

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

13 thoughts on “Permohonan SMKA 2022: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama”

  1. Assalamualaikum. Boleh ke saya ingin memohon untuk kemasukan anak saya ke sekolah ini untuk tahun depan tingkatan 2 2022 nanti..

    Reply
  2. Aslm bolehkah saya ingin memohon untuk kemasukan anak saya ke sekolah agama untuk tahun depan tingkatan 1 2022 nanti..

    Reply
  3. Assalamualaikum, saya telah terlepas tarikh permohonan untuk anak saya masuk tingkatan 1 pada tahun 2022. Adakah cara lain untuk saya cuba memohon?

    Reply
  4. Assalamualaikum, saya telah terlepas tarikh permohonan untuk anak saya masuk tingkatan 1 pada tahun 2022. Adakah cara lain untuk saya cuba memohon?

    Reply
  5. assalamualaikum..bolekah saya memohon untuk masuk tingkatan 1 smka bagi tahun 2022,
    sedangkan tarikh permohonan telah tutup..sebab saya ingat kena tunggu keputusan upkk.

    Reply
  6. Sessi tahun 2025 (berpindah ke sabah).
    Permohonan tahun 1.
    Tahun 1 hingga 6 sek swasta (ABIM).
    Ibu orang lohan.
    * apakah berpeluang utk buat permohonan…dan sokongan pencapaian murid.
    * wssp 01120885137.
    Sekian terima kasih.

    Reply

Leave a Reply to Nor Faizura Zaidi Cancel reply

error: Content is protected !!