Permohonan Guru Cemerlang 2023 di Sekolah (Siswazah dan Bukan SIswazah)

Peluang buat guru-guru yang sedang menantikan Permohonan Guru Cemerlang 2023 di Sekolah, Kolej Vokasional, Institut Aminuddin Baki dan Kolej Matrikulasi dibuka.

PPPGred Ditawarkan
Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Menengah/ KV/ IAB/ KM/ ELTCGred Khas C, DG54, DG48 dan DG44
Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah RendahDG44
Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Sekolah Rendah/ Sekolah Menengah/ KV)DG38, DG34 dan DG32
Pensyarah Cemerlang IPGGred Khas B, DG54, DG52 dan DG48

Syarat Umum Permohonan Guru Cemerlang 2023

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Telah dinaikkan pangkat ke gred semasa. Calon yang sedang memangku tidak Iayak memohon;
  3. Wajaran Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/ Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) sekurang-kurangnya 80% bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;
  4. Bebas daripada tindakan tatatertib (Pekeliiing Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
  5. Telah mengemukakan perisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun;
  6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  7. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
  8. Bebas daripada hutang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun (LBGE); dan
  9. Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).

Bagi pemohon Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Gred DG32 (KUP):

  • Tempoh perkhidmatan di gred DG29 tidak kurang empat (4) tahun pada 1 Januari 2023.
  • Pemohon telah disahkan jawatan di Gred DG29,
  • Mata pelajaran kepakaran yang dimohon merupakan math pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
  • Mengajar mata pelajaran yang dimohon selama tiga (3) tahun terakhir berturut-turut.

Bagi permohonan Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Gred DG34 (KUP):

  • Pemohon telah dinaikkan pancikat ke Gred DG32.
  • Mata pelajaran yang dimohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
  • Mengajar mata pelajaran yang dimohon selama tiga (3) tahun terakhir berturut-turut,
  • Calon bidang pentadbiran (cth: Penolong Kanan) boleh memohon dengan syarat mesti melepaskan jawatan pentadbiran, sekiranya ditawarkan Guru Cemerlang.

Bagi pemohon Guru Cemerlang (Bukan Siswazah) Gred DG38 (KUP):

  • Pemohon telah dinaikkan pangkat ke Gred DG34.
  • Mata pelajaran yang dimohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
  • Mengajar mata pelajaran yang dimohon selama tiga (3) tahun terakhir berturut-turut.
  • Calon bidang pentadbiran (cth: Penolong Kanan) boleh memohon dengan syarat mesti melepaskan jawatan pentadbiran, sekiranya ditawarkan Guru Cemerlang.

Bagi Permohonan Guru Cemerlang (Siswazah) Gred DG44 (KUP):

  • Tempoh perkhidmatan di Gred DG41/DG42 tidak kurang empat (4) tahun pada 1 Januari 2023,
  • Pemohon teiah disahkan jawatan di Gred DG41/DG42.
  • Mata pelajaran yang dimohon merupakan mata pelajaran utama yang diajar oleh pemohon.
  • Mengajar mata pelajaran yang dimohon selama tiga (3) tahun terakhir berturut-turut.
  • Calon bidang pentadbiran (cth: Penolong Kanan) boleh memohon dengan syarat mesti melepaskan jawatan pentadbiran, sekiranya ditawarkan Guru Cemerlang.

Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan perlu memastikan makiumat perkhidmatan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK), Sistem HRMIS, Sistem eOperasi dan Sistem ePangkat dikemas kini Iebih awal bagi melancarkan urusan permohonan kelak.

Jika memerlukan pertanyaan lanjut mengenai urusan pemangkuan ini, YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan bolehlah menghubungi Urus Setia Penilaian GCPC di Jemaah Nazir di talian 03-8884 4268/4490/4230/4208 (urus setia).

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Permohonan guru cemerlang
Permohonan guru cemerlang

6 thoughts on “Permohonan Guru Cemerlang 2023 di Sekolah (Siswazah dan Bukan SIswazah)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!