Cuti Hari Raya Haji 2023 : Kementerian Pendidikan

Cuti Hari Raya Haji pada tahun ini, 2023 dijangka jatuh pada tarikh 10 Zulhijjah 1444 Hijrah, bersamaan dengan 29 Jun 2023. Hari Raya Haji / Aidiladha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidilfitri.

Aidiladha dirayakan setiap tahun pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah. Tarikh 10 Zulhijjah ini juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam apabila nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari Syurga dan kembali ke bumi sebelum mereka bertemu di Padang Arafah di luar Mekah.

Tarikh Cuti Hari Raya Haji 2023

Menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidiladha ialah pada hari Ahad, 18 Jun 2023, bersamaan 29 Zulkaedah 1444 Hijrah.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengumumkan tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah setelah melihat anak bulan. Majlis tersebut telah bersepakat untuk menetapkan tarikh Hari Raya Korban dengan cara rukyah dan hisab,

Kumpulan A
28 Jun 2023 – 1 Julai 2023

Kumpulan B
28 Jun 2023- 2 Julai 2023

CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2023

  • 28 Jun 2023 – Rabu (Cuti KPM)
  • 29 Jun 2023 – Khamis (Cuti Umum)
  • 30 Jun 2023 – Jumaat
  • 1 Julai 2023 – Sabtu
  • 2 Julai 2023 – Ahad* (Negeri Kumpulan B sahaja)
Cuti Hari Raya Haji Aidiladha - [FLIP.MY]

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!