Permohonan Bantuan Persekolahan Veteran ATM Tahun 2023

Permohonan Bantuan Persekolahan & Kolej Vokasional Veteran ATM 2023 Veteran ATM yang mempunyai anak yang baru memulakan persekolahan. Ini termasuklah sesi persekolahan peringkat rendah, menengah atau vokasional. Matlamat kami dengan artikel ini adalah untuk memberi pendedahan proses yang jelas untuk memohon program berguna ini.

Bantuan Persekolahan Veteran ATM (BSK) 2023 ialah salah satu bantuan yang disediakan untuk membantu golongan veteran membiayai perbelanjaan anak-anak untuk memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional.

Kadar Bantuan Mengikut Kategori

Terdapat dua kadar bantuan yang akan disalurkan kepada pemohon yang berjaya. Berikut adalah kadar bantuan mengikut kategori:

  • RM500 setahun : sekolah rendah.
  • RM700 setahun : sekolah menengah atau kolej vokasional.

Syarat Permohonan Bantuan Persekolahan Veteran ATM

Berikut adalah senarai syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan persekolahan ini iaitu:

  1. Veteran ATM (Pemilik Kad ATM)
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa (Tanpa mengira tempoh khidmat.)
  2. Veteran ATM atau orang tanggungan dengan pendapatan  bulanan di bawah Pendapatan Garis   Kemiskinan (PGK) layak  memohon bantuan ini.
  3. Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  4. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  5. Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Tarikh Permohonan Bantuan Persekolahan Veteran ATM

Semua permohonan BSK hendaklah dikemukakan untuk tahun semasa sahaja, hantar selewat-lewatnya pada 30 September bagi setiap tahun. Ini bagi memastikan pembayaran boleh dibuat sepanjang tahun mengikut peraturan kewangan semasa.

Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan, iaitu:

  • Salinan Kad veteran ATM
  • Salinan Kad Pengenalan veteran ATM (kecuali meninggal dunia)
  • Salinan kad pengenalan Suami/Isteri veteran (jika berkaitan)
  • Salinan Buku perkhidmatan veteran ATM untuk setiap muka surat bagi vetreran ATM tidak berpencen sahaja.
  • Salinan Mykad/MykidSijil lahir anak-anak da nisi rumah yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU (jika berkaitan)
  • Salinan bil elektri/bil air
  • Salinan buku bank/cetakan maklumat akaun bank pemohon yang aktif
  • Salinan Mykad penjaga (jika berkaitan)
  • Salinan pendaftaran/maklumat dalam sistem e-kasih (jika ada)
  • Sijil nikah/perkahwinan/sijil penceraian (jika bekaitan)
  • Sijil pengangkatan (jika berkaitan)
  • Sijil kematian (jika berkaitan)
  • Surat perakuan muflis (jika berkaitan)
  • Cop sekolah di bahagian C
  • Surat tawaran kemasukan kolej Vokasional/Sekolah berasrama penuh
  • Dokumen lain yang berkaitan

Cara Mohon Bantuan Persekolahan Veteran ATM

Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:

  1. Muat turun borang permohonan: Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019
  2. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon atau warisnya. Semua maklumat dan butiran yang diberikan mestilah tepat, betul dan benar dan pemohon bertanggungjawab terhadap semua laporan yang diberikan.
  3. Semua permohonan dan dokumen sokongan yang disenaraikan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri terdekat.
  4. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
Bantuan Persekolahan Veteran ATM

Semak Bantuan Persekolahan Veteran ATM

Bagi mereka yang ingin menyemak status permohonan bantuan persekolahan mereka, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.
  2. Masukkan Nombor Tentera dan Nombor Kad Pengenalan, kemudian klik Hantar
  3. Sistem akan memaparkan status permohonan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Persekolahan (BSK) Veteran ATM, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh merujuk kepada saluran berikut:

  • Portal rasmi JHEV: https://www.jhev.gov.my/
  • Hubungi talian Call Centre JHEV: 03-26976600
  • Hadir ke JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!