Bagi semua guru yang telah membuat permohonan, bolehlah semak keputusan egtukar guru sesi Jun 2023 bermula 26 mei 2023, jam 6.00 petang. Keputusan ini melibatkan permohonan pertukaran antara bahagian / antara negeri, antara daerah, dalam daerah.
Seperti yang sudah ketahui, semua permohonan pertukaran perlulah dibuat secara dalam talian, dikemukakan melalui Modul e-GTukar. Borang permohonan pertukaran secara dalam talian ini pula perlu dicetak dan diserahkan bersama-sama dokumen sokongan kepada Pengetua/ Guru Besar.
Setelah melepasi fasa permohonan, para pendidik yang memohon bolehlah menyemak keputusan permohonan menggunakan langkah-langkah berikut.
Cara Semak Keputusan egtukar Guru KPM
- Layari portal rasmi https://epgo.moe.gov.my/
- Masukkan Id Pengguna, Kata Laluan dan No. Kad Pengenalan.
- Klik butang Daftar Masuk.
- Klik pada Semakan Permohonan
- Semoga berjaya!
Kriteria Mempengaruhi Keputusan egtukar Guru KPM
Terdapat tiga sebab atau alasan yang membolehkan permohonan guru ke daerah atau negeri yang dipohon itu diluluskan, iaitu:
- Keperluan perkhidmatan
- Kekosongan jawatan
- Keperluan opsyen di daerah yang dipohon
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].