Kandungan Asas Kurikulum (KAK) perlu disemak oleh semua guru subjek dalam perjalanan melancarkan strategi Catch-Up Plan (CUP) yang dianjurkan oleh BPK Kementerian Pendidikan Malaysia.
Catch-Up Plan (CUP) ini tercetus daripada program KPM PerkasaKU iaitu program pemerkasaan pelaksanaan kurikulum. Untuk pengetahuan para pembaca, program pemerkasaan ini dijalankan dalam tempoh 1 September 2021 hinggalah 28 Februari tahun 2022.
Antara objektif pelaksanaan Catch-Up Plan ialah:
- Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengisian pengajaran tahun semasa secara optimum.
- Merapatkan jurang pembelajaran murid yang wujud semasa krisis atau dalam tempoh Pendemik Covid-19.
- Menyediakan sokongan pengajaran kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam apa juga mekanisme.
- Memastikan murid-murid telah bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran tahun persekolahan akan datang.
Strategi dan Kaedah dalam Catch-Up Plan
Pihak KPM mencadangkan guru-guru menggunakan Strategi M2P iaitu mampatan, pecutan dan pengayaan. Kemudian yang kedua dicadangkan juga satu lagi strategi yang disebut sebagai Student Engagement Learning Framework ataupun singkatannya adalah SELF.
Menurut Puan Hajah Nor Azza, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPK, sesiapa sahaja boleh menggunakan strategik yang dicadangkan ini, walaupun capaian peratusan penguasaan KAK telah melebihi 70%. Untuk melaksanakan strategi-strategi ini pihak BPK juga mencadangkan beberapa kaedah seperti berikut:
- Pendekatan Bertema
- Pendekatan Modular
- Pembelajaran Berasaskan projek
- Pembelajaran Terbeza
- Simulasi Amali (Virtual Lab)
Maklumat lanjut mengenai kaedah-kaedah ini, boleh didapati melalui Reposotori SumberKU. Repositori sumber ku ini sangat memainkan peranan yang sangat besar dalam pelaksanaan Catch-UP Plan.
Repositori SumberKU ini dapat diakses melalui serambi DELIMa MOE. SumberKU boleh diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah ibubapa yang akan membantu pelaksanaan KPM PerkasaKU dan Catch-UP Plan bersama-sama guru dan murid.
Borang Analisis Kandungan Asas Kurikulum (KAK)
FLIP.MY sediakan rumus pengiraan peratusan baki KAK yang belum diajar. KAK yang diajar รท Jumlah keseluruhan KAK dan x 100. Dengan ini, guru-guru akan dapat mengenal pasti peratusan KAK yang telah diajar.
Melalui keputusan inilah guru-guru subjek akan merangka Catch-UP Plan untuk memastikan keseluruhan kandungan dapat disampaikan dengan sebaik mungkin di sekolah nanti.
Pastikan guru-guru merujuk Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) untuk melihat keseluruhan Kandungan Asas Kurikulum yang perlu diajar. Abaikan bahagian Kandungan Tambahan dan Kandungan Pelengkap.
Berikut merupakan borang analisis pelbagai subjek dari tahun 1 sehingga tahun 6. Guru-guru hanya perlu tandakan sesi pengajaran yang telah dilaksanakan dan sistem akan membuat pengiraan secara automatik.
- Borang analisis KAK Bahasa Melayu
- Borang analisis KAK Bahasa Inggeris
- Borang analisis KAK Matematik
- Borang analisis KAK Sains
- Borang analisis KAK Pendidikan Islam
- Borang analisis KAK Pendidikan Moral
- Borang analisis KAK Pendidikan Jasmani
- Borang analisis KAK Pendidikan Kesihatan
- Borang analisis KAK Pendidikan Muzik
- Borang analisis KAK Pendidikan Seni
- Borang analisis KAK Bahasa Arab
- Borang analisis KAK Sejarah
- Borang analisis KAK RBT
- Borang analisis KAK TMK
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Terbaik…terima kasih atas perkongsian
Terbaik n jutaan terima kasih. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup.
Salam sejahtera. Boleh tolong kongsikan catch plan untuk subjek sekolah menengah. Kerima kasih