iQ-NILAM: Log Masuk Menggunakan ID DELIMa KPM untuk Rekod Bacaan

Kali ini FLIP.MY berkongsi juga panduan log masuk ke sistem iQ-NILAM menggunakan ID DELIMa KPM 2021. Perkataan NILAM ini merupakan akronim kepada frasa ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’. Sejak program ini diperkenal, telah banyak yang ditambah baik.

Terdapat beberapa kajian dan penemuan mengenai tabiat membaca rakyat Malaysia. Penyelidikan yang telah dijalankan (BTP 2005, PNM 2010/2015) mendapati tahap membaca rakyat Malaysia masih di tahap yang sangat rendah. Oleh sebab itu, kempen kalakan memcaca ini akan sentiasa diteruskan melalui pelbagai peringkat.

Jenis-Jenis Bahan Bacaan yang Direkodkan

Bahan bacaan merangkumi dua jenis bahan, iaitu buku dan bahan bukan buku. Murid-murid boleh merekodkan bahan bacaan pelbagai format dan diperoleh dari sumber yang pelbagai ke dalam sistem iQ-NILAM.

  1. Buku
    Bahan yang boleh dibaca dan direkodkan ialah semua jenis buku samada dalam bentuk fizikal atau juga digital (ebook). Buku boleh didapati dari koleksi yang ada di Pusat Sumber Sekolah, perpustakaan bergerak, Perpustakaan Desa, perpustakaan awam, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan atau diperoleh dari sumber internet.
  2. Bahan bukan buku
    Bahan bukan buku pula ialah bahan yang boleh dibaca selain daripada buku (versi fizikal atau digital) seperti artikel, jurnal, laporan, risalah, majalah, komik, poster, brosur dan lain-lain bahan bacaan.

Pendaftaran iQ-NILAM Menggunakan ID DELIMa

Log Masuk iQ-NILAM

Bahan yang dibaca hanya boleh direkodkan setelah anda berjaya log masuk. Jadi, FLIP.MY sediakan langkah-langkah untuk log masuk menggunakan ID DELIMa KPM. Pastikan anda telah ada ID dan kata laluan yang betul.

  1. Klik pautan ke Portal Rasmi berikut https://iqnilam.moe.gov.my 
  2. Perharikan paparan dan fokus kepada perkataan Log Masuk.
  3. Di bawah perkataan tersebut, ada lambang Google yang tertulis Sign in with DELIMa.
  4. Klik Sign in with DELIMa dan masukkan email MOE yang telah diberikan oleh pihak sekolah
  5. Jika anda sudah login menggunakan akaun MOE di telefon atau komputer tersebut, pilih akaun yang MOE yang dipaparkan.
  6. Jika tidak, klik Use another account dan masukkan email MOE anda beserta kata laluan yang betul, kemudian klik Next.
  7. Murid yang kebiasaannya gagal di peringkat ini adalah mereka yang memasukkan emel atau kata laluan yang kurang tepat.
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah, murid akan terus berada di dalam sistem IQ-NILAM.

Baca Juga : Panduan Log Masuk Pelantar Pembelajaran DELIMa KPM

Cara Rekodkan Bacaan Nilam

Murid-murid dinasihatkan untuk membuat pengisian rekod bacaan dengan jujur. Ibu bapa bolehlah membantu anak-anak untuk mengisi maklumat bacaan dari segi teknikalnya. Jika terdapat masalah untuk log masuk, boleh sahaja berhubung dengan guru kelas untuk mendapatkan kata laluan yang baharu (Reset Password).

  1. Klik tab Rekod Bacaan NILAM
  2. Masukkan Maklumat Bacaan yang disenaraikan:-
    • Nama Judul atau Tajuk Bahan Bacaan
    • Pilihan Bahasa
    • Tahun Terbitan
    • Pengarang
    • Penerbit
  3. Tentukan Jenis Bacaan mengikut pilihan yang disediakan dan masukkan bilangan muka surat.
    • Buku Fiksyen
    • Bukan Buku Fiksyen
    • Bukan Buku Pilihan (Pilih)
    • Bahan Digital (Masukkan URL)
  4. Tulis Rumusan.
  5. Pilih Aktiviti Pengayaan.
    • Rumusan (Wajib)
    • Amali
    • Melukis
    • Mengeja
    • Lakonan
    • Bercerita
    • Mendeklamasi Sajak
    • Komen
    • Catatan
    • Pengucapan Awam
    • Nyanyian
    • Lain-lain
  6. Isi Aktiviti Lain-lain (jika ada)
  7. Tekan butang Simpan
  8. Selesai

Ulangi langkah ini jika murid ingi mengisi rekod bacaan yang seterusnya. Jangan lupa untuk meningkatkan pencapaian dalam PAJSK juga ya!

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

5 thoughts on “iQ-NILAM: Log Masuk Menggunakan ID DELIMa KPM untuk Rekod Bacaan”

Leave a Reply to Lam Ke Qing Cancel reply

error: Content is protected !!