Cuti Tanpa Rekod Kerana Kematian dan Sebab-Sebab Lain

Kali ini kita kupaskan tajuk Cuti Tanpa Rekod disebabkan berlakunya Kematian, menghadiri konvokesyen atau peperiksaan, isteri bersalin, perayaan dan sebab-sebab lain yang dibolehkan penjawat awam atau guru memohon cuti tersebut.

Bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat, terdapat sedikit kemaskini yang dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menjaga kebajikan penjawat awam dan keluarga.

Kemudahan cuti bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat diperuntukkan untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan ahli keluarga terdekat melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015: Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat.

Maksud Kematian Ahli Keluarga Terdekat

  1. Suami / Isteri.
  2. Ibu kandung atau ibu angkat.
  3. Bapa kandung atau bapa angkat.
  4. Ibu mentua dan bapa mentua.
  5. Anak kandung
  6. Anak angkat yang sah di sisi undang-undang; seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula.
  7. Anak angkat de facto; Seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253].
  8. Anak pelihara; seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611].
  9. Adik-beradik; beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan kerana seayah dan seibu, atau seayah atau seibu.
  10. Nenek; ibu kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai.
  11. Datuk; bapa kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai.
cuti tanpa rekod kematian
pekeliling cuti tanpa rekod kematian

Berapa Hari Cuti Tanpa Rekod Kematian?

Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan.

Bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.

Pengiraan Tempoh Cuti Tanpa Rekod

CTR ini bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat; dan

meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud Ceraian ini, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Muat Turun Borang

Permohonan ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan Borang Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas dan hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

kemudahan ini turut terpakai kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan atau bertugas semasa penggal persekolahan.

Artikel Berkaitan:-

  1. Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
  2. ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
  3. Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
  4. Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
  5. Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
  6. Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
  7. Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
  8. Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
  9. Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
  10. Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid

Jenis Cuti Tanpa Rekod Perkhidmatan Awam

Berikut merupakan jenis-jenis cuti yang ada juga dinyatakan dalam PA 40-47 Bab C.

Jenis CutiTempoh Bercuti
Mengambil Bahagian dalam Olahraga/SukanTidak lebih 30 hari
Gantian9 jam bersamaan 1 hari
Latihan Pasukan Sukarela30+2 hari perjalanan
Latihan/Khemah Kerja Persatuan/ Pertubuhan14+2 hari perjalanan
Latihan Syarikat KerjasamaTidak melebihi 2 bulan
Mesyuarat Persatuan IkhtisasTempoh sebenar + 2 hari
Tugas Khas Perubatan14 hari
Lain-lain Kursus (Kursus Belia, Kepimpinan dan Kesatuan Sekerja)14 +2 hari
Mengambil PeperiksaanHari
peperiksaan
Lawatan Kebudayaan dan Pertandingan Bulan Bahasa KebangsaanTempoh sebenar
Mesyuarat MBKHari mesyuarat
Hadir Mahkamah Luar StesenTempoh sebenar + 2 hari
Isteri Bersalin7 hari
Jurulatih PLKNTempoh sebenar + 2 hari
Kursus Sambilan30 hari
Menderma Organ42 hari
Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat3 hari
Menyertai Musabaqah Al-Quran30 hari
Deepavali1 hari
Good Friday1 hari
Perayaan Songkran1 hari
Pesta Kaamatan dan Hari Gawai1 hari
Perayaan Vaisakhi1 hari
Umrah7 hari
Keagamaan7 hari

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!