Catch-Up Plan Bahasa Arab Tahun 1 Hingga 6

Catch-Up Plan Bahasa Arab Tahun 1 hingga 6 ini merupakan susunan Ustazah Lily untuk dimanfaatkan oleh guru-guru Bahasa Arab yang sedang merangka sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2022 ini.

Bahan ini lengkap dengan mengaplikasikan pendekatan Modular, modul bertema, pembelajaran berasaskan projek, modul penulisan dan rancangan program.

Melalui bimbingan dan sesi penerangan tentang Catch-Up Plan ini, Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan beberapa strategi mengikut aras pencapaian atau tahap penguasaan murid.

Tahap PenguasaanCatch-Up Plan Sejarah
TP 1Intervensi
TP 2Intervensi
TP 3Strategi M2P
TP 4Strategi M2P
TP 5SELF
TP 6SELF

Berikut merupakan cadangan pelaksanaan Intervensi, Strategi Mampatan Pecutan dan Pengayaan (M2P) dan Student Engagement Learning Framework (SELF).

Oleh sebab capaian atau akses bahan pembelajaran pada musim pandemik yang lalu, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) telah menyebabkan jurang tahap penguasaan yang ketara.

Justeru, pelaksanaan perancangan ini diharapkan dapat memulihkan kembali keadaan dan membantu murid-murid untuk menguasai kandungan kurikulum yang telah ditetapkan melelaui Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK).

Modul Catch-Up Plan Bahasa Arab 2022

Catch-Up Plan Bahasa Arab

Modul ini merupakan bahan yang mengandungi:

  1. MODUL MODULAR (kemahiran mendengar, menyebut dan membaca)
  2. MODUL BERTEMA (utk kuasai Standard Kandungan dgn Hafazan) – diberikan sekali contoh-contoh tema yang sesuai untuk modul merentas kurikulum.
  3. MODUL PBL (berasaskan projek)
  4. MODUL BERTULIS DAN PENGAYAAN (sesuai utk pengukuhan dan pengayaan)
  5. RANCANGAN PROGRAM CUP (RPT)

Info tambahan mengenai Catch-Up Plan Bahasa Arab

  • Modul ini dibina berdasarkan buku teks cetakan terkini bagi memudahkan guru untuk melaksanakan PDPR.
  • Jawapan adalah berpandukan buku teks.
  • Terdapat beberapa aktiviti  art and craft  yang disediakan untuk murid dan boleh dijadikan sebagai salah satu penilaian.
  • Mengandungi 50 hingga 70 muka surat mengikut subjek.
  • Modul yang akan diberikan dalam bentuk PDF.
  • Auto Email (tajuk Download Lembaran Kerja & Pengesahan Pembayaran) (FPX akan terus dapat bahan, Manual upload akan dapat dalam masa 24 jam. ) (dalam Word)
Klik untuk dapatkan bahan
Catch-Up Plan Bahasa Arab
No.Senarai BahanPautan
1Catch-UP Plan Sejarah Tahun 4-6KLIK
2Catch-UP Plan Bahasa Arab Tahun 1-6 KLIK
3Catch-UP Plan Pendidikan Islam Tahun 1-6 KLIK
4Catch-UP Plan PSV Tahun 1-6 KLIK
5Catch-UP Plan Pendidikan Muzik Tahun 1-6 KLIK
6Catch-UP Plan Bahasa Melayu Tahun 1-6KLIK
7Panduan Pendekatan ModularKLIK
8Nota Catch-UP Plan KPM 2021/2022KLIK

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!