Bonus Penjawat Awam 2022 : Manfaat Kerja Kerajaan

Ramai yang bertanya, bonus penjawat awam 2022 bila dapat? Kerajaan akan bayar bila? FLIP.MY akan merungkaikan setiap persoalan dan berkongsi info serta sejarah pemberian bonus sejak 10 tahun yang lalu.

Cadangan Cuepacs kepada kerajaan Malaysia adalah supaya mempertimbangkan pemberian ganjaran dua bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan, susulan peningkatan kos sara hidup di Malaysia mutakhir ini.

Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 561 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 layak dibayar bonus sebanyak RM700.00.

Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 25 Januari 2022 akan dibayar sebanyak RM350.00 oleh JPA manakala bagi veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.

Syarat Bonus Penjawat Awam 2022

Berikut merupakan sejarah penerimaan bonus kakitangan awam dan sejarah bonus pesara kerajaan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, termasuklah 2022/2023. Anda boleh melihat trend yang telah berlaku.

TAHUNJUMLAH BONUSBONUS PESARA PENCEN
Bajet 2022RM700RM350
Bajet 2021RM600RM300
Bajet 2020Bantuan khas aidilfitri RM500Bayaran khas sebanyak RM250
Bajet 2019RM500RM250
Bajet 2018RM1500RM750
Bajet 2017RM500RM250
Bajet 2016RM500RM250
Bajet 2015RM500RM250
Bajet 2014RM500RM250
Bajet 2013Bonus setengah bulan gaji (Minimum RM1500)RM500
Bajet 2012Bonus satu bulan gaji (Minimum RM1000)RM1000

Bila tarikh penerimaan bantuan khas 2022 untuk kakitangan kerajaan? Kakitangan kerajaan Gred 56 dan ke bawah akan terima bayaran khas tersebut pada 25 JANUARI 2022.

Soalan Lazim & FAQ

  1. Berapakah jumlah keseluruhan Penjawat Awam Malaysia 2022?
    Terdapat seramai 1.7 juta penjawat awam di seluruh Malaysia.
  2. Bilakah tarikh bayaran bonus penjawat awam 2022?
    FLIP.MY telah kemaskini tarikh tersebut. Boleh buat semakan melalui maklumat di atas.
  3. Bagaimana saya nak tahu samada bayaran bonus saya kena tahan atau tidak?
    Sila semak link pautan pekeliling bonus 2022 yang dikongsikan di atas.

Pemberian dan bayaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini diharapkan dapat meringankan serba sedikit bebanan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh semua kakitangan kerajaan.

Ini juga merupakan tanda dan ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan atas segala sumbangan dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh semua penjawat awam dan kakitangan kerajaan selama ini.

bonus penjawat awam

Pekeliling Bantuan khas kewangan 2022: https://docs.jpa.gov.my/

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!