Jika masih ada yang tercari-cari Buku Teks Matematik Tahun 1 ini, kami kongsikannya dalam satu halaman bersama aliran yang lain. Melalui halaman ini, guru-guru dan murid boleh dapatkan Jilid 1 dan Jilid 2. Klik muat turun dan simpan bahan digital ini untuk rujukan ketika sesi pembelajaran berlangsung. Jadi, murid tidak perlu muat turun berulang kali.
Kurikulum Standard Matematik sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai minda matematik (fikrah). Kurikulum ini akan melatih murid memahami konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea kira-kira mudah.
Selain itu juga, penguasaan yang baik akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan. Seterusnya, membentuk murid yang bertanggungjawab terhadap kehidupan seharian. Murid juga dibimbing untuk menghadapi cabaran berdasarkan sikap dan nilai yang baik selaras perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21
Muat Turun Buku Teks Matematik Tahun 1
Muat turun jilid satu dan jilid dua melalui pautan di bawah. FLIP.MY juga menyediakan naskhah untuk Dual Language Programme (DLP). Melalui Program DLP, muri-murid akan menggunakan versi Bahasa Inggeris.
Senarai Buku Teks Digital Matematik KSSR Semakan mengikut tahun:
Senarai Buku Teks KSSM Semakan mengikut tingkatan:
Manfaat Penggunaan Buku Teks Versi Digital
Setiap kali berlakunya perubahan silibus atau tambah kandungan kurikulum, kerajaan Malaysia pastinya terpaksa membelanjakan kos yang besar. Beratus-ratus juta ringgit akan dikeluarkan untuk memastikan semua murid dapat menggunakan bahan rujukan utama kurikulum sekolah ini.
Sememangnya polisi kerajaan terkini untuk memberikan secara percuma melalui kaedah pinjaman; Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Melalui skim ini, semua murid di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibekalkan Buku Teks Matematik Tahun 1 tanpa mengira status keluarga mereka. Sekiranya semua beralih kepada versi digital, kos-kos percetakan, penerbitan, pengedaran dan lain-lain kos sampingan dapat dihapuskan.
Penggunaan bahan digital dapat memudahkan pengurusan murid dan ibu bapa. Murid tidak perlu lagi menggalas beg yang berat dan buku ini dapat diakses melalui peranti ringan sahaja. Tiada isu buku teks tertinggal dan sebagainya.
Penggunaan Buku Teks Matematik Tahun 1 Versi DIgital membolehkan konsep pembelajaran interaktif diterapkan. Bahan pembelajaran bercetak bersifat tetap, kandungannya sukar diubah-ubah. Namun dengan penggunaan versi digital, pelbagai pautan dan animasi dapat dibenamkan dan diakses dengan mudah.
Murid yang sedang berada dalam alam persekolahan ketika ini adalah kelompok “Digital Natives”. Mereka ini dibesarkan dengan kehidupan komputer, gajet, peranti, internet dan media sosial. Bagi menyesuaikan diri murid dengan teknologi pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, Kementerian juga harus mempertimbangkan bahan pembelajatan yang seimbang dengan keperluan zaman.
No. | Mata Pelajaran | Muat Turun |
---|---|---|
1 | Bahasa Melayu KSSR Semakan | Muat Turun |
2 | Bahasa Inggeris KSSR Semakan | Muat Turun |
3 | Matematik KSSR Semakan | Muat Turun |
4 | Sains KSSR Semakan | Muat Turun |
5 | Pendidikan Islam | Muat Turun |
6 | Pendidikan Moral | Muat Turun |
7 | Bahasa Arab | Muat Turun |
8 | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan | Muat Turun |
9 | Pendidikan Kesenian | Muat Turun |
10 | Bahasa Cina | Muat Turun |
11 | Bahasa Semai | Muat Turun |
12 | Bahasa Iban | Muat Turun |
13 | Bahasa Tamil | Muat Turun |
14 | Bahasa Kadazandusun | Muat Turun |
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].