APDM merupakan aplikasi pangkalan data murid yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menguruskan maklumat murid, ibu bapa murid serta penjaga. Dengan adanya pengkalan data ini, pihak pengurusan KPM sama ada di peringkat sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan juga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM akan dapat mengakses data dengan sangat efisen.
Terkini, pihak Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) memerlukan maklumat vaksinasi murid-murid seluruh negara. Data ini amat penting dalam usaha memastikan sistem pendidikan sentiasa diambil berat dan keselamatan murid juga diutamakan. ikuti penulisan FLIP.MY mengenai maklumat vaksinasi murid dalam sistem APDM.
Daftar Vaksinasi Melalui Mysejahtera
Murid-murid berusia 12 hingga 18 tahun ke atas kini sudah boleh mendaftar vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19. Sebelum ini, MySejahtera hanya membenarkan ibu bapa atau penjaga mendaftarkan tanggungan mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
- Buka aplikasi MySejahtera
- Pilih menu Covid-19 Vaccination
- Kemudian, klik Add Vaccine Dependent
- Masukkan nama penuh, hubungan, nombor kad pengenalan, umur, jantina, dan juga alamat semasa.
- Klik butang Save untuk simpan maklumat tanggungan.
Kemaskini Maklumat Vaksinasi dalam APDM
Pastikan pihak sekolah telah mengaturkan kaedah yang terbaik untuk mengumpul maklumat ini bagi mengelakkan keciciran maklumat di peringkat sekolah. Sekiranya telah mendaftarkan anak-anak untuk divaksin, pastikan ibu bapa memberikan maklumat yang tepat berkaitannya.
Hanya guru kelas yang akan dapat mengemaskini maklumat-maklumat mengenai vaksinasi murid-murid. Maklumat ini perlu diberikan oleh ibu bapa atau penjaga dalam kadar yang segera. Panduan untuk guru-guru kelas boleh dibaca melalui langkah-langkah pengisian di bawah:
- Klik pautan: https://apdm.moe.gov.my/
- Log masuk mengunakan ID dan kata laluan guru kelas.
- Pilih menu VAKSINASI.
- Paparan maklumat VAKSINASI:
- a) Tandakan YA jika telah daftar My Sejahtera dan masukkan Nombor ID MySejahtera. Tandakan TIDAK jika belum atau tidak berdaftar lagi.
- b) Tandakan SETUJU jika bersetuju terima vaksin dan TIDAK jika tidak bersetuju dan pilih sebab
- c) Tandakan YA jika telah terima suntikan dan masukkan TARIKH SUNTIKAN.
- Setelah siap, pastikan klik butang SIMPAN pada setiap halaman senarai murid.
Sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak membenarkan anak-anak dibawah jagaannya menerima vaksin, mereka perlu menyatakan sebab atau alasan yang terdapat daalam sistem APDM seperti berikut:
- Enggan divaksin
- Pesakit dengan penyakit kronik
- Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah
- Sejarah alahan yang teruk
- Tiada kebenaran ibu bapa/penjaga
- Lain-lain; nyatakan.
Pengumpulan data vaksinasi ini merupakan usaha sama antara Bahagian Pengurusan Sekolah harian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Selamat mengumpul data dan mengemaskini maklumat tersebut ke dalam sistem. Sekiranya memerlukan bantuan atau pertanyaan lanjut mengenai sistem, hubungi: [email protected]
Artikel Berkaitan:-
- Panduan Login APDM KPM – Kemaskini Data Kehadiran 2022/2023
- ANM Penyata Gaji Online 2022/2023
- Panduan Menggunakan DELIMa KPM 2023
- Login SMPK Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
- Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
- Rekod Salah Laku dan Amalan Baik Murid (SSDM)
- Cara Login APDM Ibu Bapa Online 2023
- Panduan Pengurusan Kenaikan Pangkat (ePANGKAT)
- Penilaian Prestasi Melalui PBPPP di Pangkalan ePRESTASI
- Vaksinasi dalam Aplikasi Pengkalan Data Murid
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
*Tidak berminat
*Tiada kebenaran ibu bapa
13
Vaksin
*berminat
Assalamualaikum
berminat
Berminat
berminat