Anugerah Princess Maha Chakri : Tahniah Cikgu Hailmi!

Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) merupakan satu pengiktirafan (APMC) peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Thailand kepada guru-guru sekolah dari negara anggota SEAMEO yang berdedikasi dan menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang keguruan.

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pembentukan panel khas telah melaksanakan tapisan di pelbagai peringkat, dan penilaian terperinci termasuk lawatan ke sekolah dan temubual dengan murid, ibu bapa, serta kepimpinan sekolah sebelum membuat keputusan mengangkat calon yang terbaik mewakili Malaysia untuk anugerah ini.

Pada 29 Oktober lalu, guru mata pelajaran Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, telah memenangi Anugerah Maha Chakri Princess 2021. Penyampaian anugerah yang sepatutnya berlangsung di Istana Raja di Bangkok terpaksa dilaksanakan di Konsulat Thailand, Pulau Pinang berikutan Pandemik Covid-19.

Baca juga: Contoh Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Norhailmi Abdul Mutalib, 40, telah terpilih menerima anugerah itu berdasarkan pencapaian luar biasa dalam membudayakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara digital secara meluas kepada pelajar,  guru serta komuniti.

Anugerah Princess Maha Chakri 2022

Anugerah Princess Maha Chakri

Pengalaman dan perjalanan dalam bidang perguruan ini telah melayakkan beliau menerima anugerah berkenaan di Konsulat Thailand, Pulau Pinang dan membawa pulang pingat, piala, sijil dan wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM41,535). 

Norhailmi melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaiannya, kerana ia membuktikan guru di negara ini walaupun mengajar di sekolah luar bandar, masih mempunyai standard antarabangsa dan hasil kerja yang diiktiraf.

Beliau telah menerima pelbagai penganugearan yang lain sepanjang tempoh perkhidmatan sebelum ini. Menurutnya, bebuat baiklah setiap masa dan dengan sesiapa sahaja. Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas akan membuahkan hasil yang luar biasa.

Semoga kejayaan ini dapat memberikan inspirasi buat para pendidik yang lain untuk terus memberikan yang terbaik!

Anugerah Princess Maha Chakri

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!