Takwim Persekolahan 2022 Untuk Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa

Takwim Persekolahan 2022 terkini ini dikongsikan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai persediaan awal warga sekolah dalam menjalani penggal ketiga persekolahan yang akan bermula Januari hadapan.

Melalui surat siaran yang telah diedarkan, pihak KPM telah memaklumkan perincian pembukaan sekolah bagi Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023. Maklumat ini diguna pakai oleh semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Persediaan awal ini pastinya sedikit sebanyak memudahkan urusan guru-guru dan ibu bapa dalam merancang persediaan yang bakal dibuat untuk meneruskan sesi pembelajaran pada sesi akan datang.

Baca juga: SSDM KPM, Rekod Sistem Sahsiah Diri Murid

Takwim Persekolahan 2021/2022

KUMPULAN A:

Bagi sekolah-sekolah Kumpulan A yang berada di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, sesi pembelajaran penggal ketiga adalah bermula pada 2 Januari 2022.

Takwim Persekolahan 2022 Kumpulan B

Baca juga: Muat Turun Kalendar Kuda, Rujukan Cuti Sekolah

KUMPULAN B:

Bagi sekolah-sekolah Kumpulan A yang berada di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya, sesi pembelajaran penggal ketiga adalah bermula pada 3 Januari 2022.

Takwim Persekolahan 2022 Kumpulan A

Pada tahun 2021, sesi pembelajaran ditamatkan pada bulan Mac tahun berikutnya. Ini merupakan salah satu usaha pihak kementerian untuk membantu murid-murid yang telah ketinggalan dalam tempoh PdPR.

Guru-guru dan ibu bapa juga boleh membaca info lanjut susulan sesi persekolahan 2021 yang dipanjangkan sehingga Mac 2022.

  1. Maklumat KPM PerkasaKU Bermula September 2021 – Mac 2022
  2. SumberKU, Portal Sokongan Bahan Pembelajaran di Rumah

Takwim Persekolahan 2022/2023

Kalendar Akademik bagi Sesi 2022/2023 akan dimulakan pada tanggal 21 Mac 2022 sehingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

KUMPULAN A:

Takwim Persekolahan 2022 2023 Kumpulan A

KUMPULAN B:

Bagi negeri-negeri kumpulan B pula, sesi pembelajaran akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.

Takwim Persekolahan 2022 2023 Kumpulan B

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh didapati melalui laman web rasmi KPM menerusi pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!