Ramai yang tertanya-tanya rupa bentuk Soalan UASA Bahasa Melayu dengan format terkini, Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023.
Seperti yang sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) selepas pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3).
Pelaksanaan UASA ini adalah bagi memantapkan lagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dilaksanakan pada sesi akademik tahun akademik 2022/2023. Di sini admin akan berkongsi contoh soalan UASA, harap perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan juga ibu bapa.
Format Ujian UASA Bahasa Melayu
Masa untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris ,Matematik, Sains dan Sejarah adalah selama 1 jam 15 minit. Kertas BM hanya 1 kertas sahaja dengan mengandungi 4 bahagian soalan. Markah keseluruhan adalah 50 markah.
Bahagian A (10 markah)
1) Soalan antara 5-7 soalan shj
2) Soalan tatabahasa – 2 soalan
3) Soalan ayat sintaksis -1 soalan
4 ) Petikan pemahaman 1 shj -3@4 soalan
Soalan objektif
Bahagian B (10 markah)
Ada 2 bentuk soalan 1-Pemahaman petikan (5 markah)
3@5 soalan berbentuk subjektif
Berbentuk aneka jawapan padanan dan sebagainya
Soalan 2 (5 markah)
Beri situasi sama ada dalam bentuk bahan grafik atau ayat. Murid beri pendpt, cadangan, ramalan.
Bahagian C (10 markah)
Bahan rangsangan. Tulis pendapat dlm 1 perenggan sahaja; Tidak lebih 50 patah perkataan
Contoh, kawan tercedera sewaktu bermain; apa yang perlu anda lakukan dan beri pendapat anda.
Bahagian D (20 markah)
Penulisan karangan
Hanya 1 tajuk sahaja yang diberi, sama ada dalam bentuk bahan grafik atau petikan ayat. Tulis karangan bentuk berformat atau tidak berformat.
Untuk karangan, perlu ada pendahuluan, isi, huraikan, contoh dan penutup. Murid kalau nak tulis berformat, kena fikir format apa yang sesuai. Panjang karangan antara 50-80 patah perkataan.
Tahap Penilaian UASA Bahasa Melayu
Tahap penguasaan atau grading bagi UASA tidak diberikan melalui gred atau markah tetapi dinilai melalui preatasi pelajar mengikut tahap penguasaan seperti berikut:
- TP1 : Tahu
- Pelajar tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
- TP2 : Tahu dan faham
- Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
- TP3 : Tahu, Faham dan Boleh Buat
- Pelajar menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari dan melaksanakannya.
- TP4 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
- Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran dengan berada iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
- TP5 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
- Pelajar melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
- TP6 : Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
- Pelajar berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Format Soalan UASA Bagi Setiap Subjek
Format soalan telah dimaklumkan secara berperingkat. Antara mata pelajaran yang telah didedahkan formatnya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.
Untuk mata pelajaran yang lain, kita masih menunggu pemakluman daripada pihak kementerian. Admin akan cuba kongsikan dahulu maklumat bagi kertas-kertas ujian berikut:
- Format UASA Bahasa Melayu
- Format UASA Bahasa Inggeris
- Format UASA Matematik
- Format UASA Sains
- Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu
- Contoh Soalan UASA Bahasa Melayu (SJK)
- Contoh Soalan UASA Matematik
- Contoh Soalan UASA Sains
- Contoh Soalan UASA Pendidikan Muzik
- Contoh Soalan UASA Pendidikan Seni Visual
- Contoh Soalan UASA Pendidikan Jasmani Kesihatan
- Contoh Soalan UASA Sejarah
- Contoh Soalan UASA RBT
- Contoh Soalan UASA Bahasa Arab
- Pertanyaan soalan mengenai contoh soalan: https://t.me/SoalanUASA
Semoga perkongsian input mengenai UASA Bahasa Melayu ini membantu rakan-rakan guru dan ibu bapa yang sedang mencari info mengenainya.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
The informations are very useful .
You’re welcome. 😀
Ada tak penerangan format uasa sr dalam bentuk power point / pdf (bukan bentuk video)
Maaf, belum diterima, cikgu.