Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik : UASA Bahasa Arab Terkini

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Arab ini dibentuk dan disusun untuk menguji sejauh mana tahap pencapaian murid-murid dalam ilmu dan kemahiran yang disampaikan sepanjang persekolahan.

UASA ialah ujian peringkat sekolah yang dijalankan sebagai sebahagian daripada PBD sumatif pada akhir takwim akademik. Ujian ini bukanlah penilaian pusat, namun hanya berfungsi untuk melihat tahap kognitif murid.

Amat ditekankan bahawa pada dasarnya, ujian ini bukan untuk membuat perbandingan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah dan negeri.

Peperiksaan akhir semester direka bentuk untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat tentang tahap pencapaian akademik pelajar atau apa yang pelajar pelajari sepanjang semester.

Kedua, ujian juga memberikan gambaran menyeluruh tentang kemajuan, kebolehan, dan pencapaian seseorang murid pada akhir sesi kalendar akademik. Maklumat ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi untuk mengembangkan potensi murid.

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Bahasa Arab

Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, hanya 5 subjek yang akan dibekalkan soalan mengikut format yang telah ditetapkan, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Manakala bagi mata pelajaran yang lain, pihak sekolah diberikan autoriti untuk menentukan ujian yang akan dijalankan untuk mengenal pasti Tahap Pencapaian (TP) murid pada akhir semester.

Format Soalan UASA Bagi Setiap Subjek

Format soalan telah dimaklumkan secara berperingkat. Antara mata pelajaran yang telah didedahkan formatnya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.

Untuk mata pelajaran yang lain, kita masih menunggu pemakluman daripada pihak kementerian. Admin akan cuba kongsikan dahulu maklumat bagi kertas-kertas ujian berikut:

Dapatkan contoh soalan Ujian Akhir Sesi Akademik Bahasa Arab melalui pautan di bawah:

Perekodan Skor dan Pelaporan

Berikut adalah tafsiran bagi terma yang digunakan semasa berlangsungnya Ujian Akhir Sesi Akademik:

  1. Instrumen Pentaksiran bermaksud alat yang digunakan untuk mendapatkan eviden bagi mengenal pasti tahap kognitif murid;
  2. Panduan Penskoran bermaksud dokumen yang digunakan sebagai panduan pemberian skor terhadap respons murid;
  3. Penyelarasan Penskoran bermaksud proses yang dilaksanakan untuk memastikan setiap pentaksir mempunyai kefahaman yang selaras terhadap panduan penskoran;
  4. Skrip Jawapan Murid (SJM) bermaksud respons murid terhadap instrumen pentaksiran yang menjadi ukuran atau bukti pencapaian murid;
  5. Moderasi Penskoran bermaksud proses semak silang yang dilaksanakan oleh Ketua Panitia/Penyelaras Mata Pelajaran bagi memastikan penskoran menepati panduan penskoran;
  6. Verifikasi Instrumen Pentaksiran dan Panduan Penskoran bermaksud proses semakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran oleh Pengetua/Guru Besar bagi memastikan dokumen yang dimuat turun adalah lengkap;
  7. Verifikasi Skor bermaksud proses semakan bagi pengisian skor murid dalam sistem; dan
  8. Kes-kes Khas bermaksud perkara yang memerlukan perhatian khas seperti murid berpindah, murid yang mewakili negara/negeri, murid sakit berpanjangan dan lain-lain.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!