RPT 2023 Sekolah Rendah (KSSR) Muat Turun Percuma

RPT 2023 merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan sekolah rendah yang kini menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Guru-guru boleh memuat turun bahan yang disumbangkan oleh Cikgu Rozayus ini secara percuma.

Perancangan ini menjadi panduan kepada guru untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran secara mingguan sepanjang tahun, atau kini lebih tepat sepanjang semester akademik berlangsung.

RPT dibangunkan dan disusun mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), sepanjang tahun mengikut kesesuaian kelas yang diajar dan tahap penguasaan murid di dalam kelas tersebut.

Kerangka RPT 2023 Sekolah Rendah

Secara ringkasnya, sesuatu persediaan mengajar perlu mengandungi dua jenis maklumat:

  1. Maklumat tentang murid dan mata pelajaran yang akan diajar;
  2. Perhatian terhadap langkah dan aktiviti guru dan murid dalam proses pengajaran.

Dengan ini, guru-guru perlu merancang pengajaran lebih awal mengikut sukatan pelajaran supaya sesi pembelajaran sepanjang semester akan berjalan dengan tersusun dan lancar.

Perbezaan RPT dan RPH

RPT merupakan rangka mengajar untuk tempoh setahun, manakala RPH pula merupakan perancangan sesi pengajaran yang dibuat secara harian.

Muat Turun RPT 2023 Sekolah Rendah (KSSR)

Rancangan pengajaran tahunan ini disusun mengikut subjek untuk memudahkan pencarian guru-guru. Boleh klik pada subjek pilihan untuk memuat turun fail yang diperlukan. Bahan-bahan ini disediakan dalam format Microsoft Word untuk memudahkan proses suntingan mengikut kesesuaian.

Muat Turun RPT Bahasa Melayu 2024/2025
Muat Turun RPT Bahasa Inggeris 2024/2025
Muat Turun RPT Bahasa Arab 2023/2024
Muat Turun RPT Matematik 2024/2025
Muat Turun RPT Sains 2024/2025
Muat Turun RPT Pendidikan Islam 2024/2025
Muat Turun RPT Pendidikan Moral 2024/2025
Muat Turun RPT Pendidikan Muzik 2024/2025
Muat Turun RPT Pendidikan Seni Visual 2024/2025
Muat Turun RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2024/2025
Muat Turun RPT Sejarah 2024/2025
Muat Turun RPT RBT 2024/2025

Penerapan komponen-komponen Persediaan Mengajar adalah seperti berikut:-

  1. Butiran am
  2. Pengetahuan sedia ada
  3. Kemahiran
  4. Objektif pembelajaran
  5. Penggabungjalinan
  6. Sumber pengajaran pembelajaran
  7. Penerapan nilai

Kepentingan RPT 2023 Sekolah Rendah (KSSR)

Kepentingan perancangan tahunan ialah ia membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar secara terancang dan tersusun dalam jangka masa yang panjang iaitu dua semester bersamaan 1 tahun.

Semua guru perlu merancang pengajaran mereka untuk memastikan penyampaian kurikulum yang berkesan, meningkatkan tahap penguasaan murid, dan mengurangkan masalah yang mungkin akan wujud dalam proses pengajaran.

Persediaan mengajar, juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), memerlukan perancangan dan persediaan. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran iaitu masa, standard kandungan. Perancangan serta Persediaan yang jelas, teliti dan lengkap untuk mengajar adalah kunci kejayaan guru.

Melalui penyediaan pengajaran yang lengkap dan sistematik, guru mampu mengenal pasti objektif pembelajaran yang tepat bagi mengelakkan matlamat asal daripada mata pelajaran tersasar daripada yang disarankan oleh Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

RPT 2023 Sekolah Rendah KSSR Bahasa Melayu

Siapa yang akan membangunkan rancangan pengajaran tahunan? Umumnya, ketua panitia akan menyediakan rancangan pengajaran tahunan bersama-sama semua guru mengajar mata pelajaran tersebut. Melalui amalan ini, tem ujian dan pentaksiran bulanan dapat dikenal pasti dan diseragamkan. Topik pengajaran, teknik dan sumber untuk mata pelajaran boleh dikenal pasti dan dikongsi.

Rancangan pengajaran tahunan ialah rangka kerja untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, yang mengandungi bilangn minggu, standard kandungan, standard pembelajaran, dan nota, untuk guru melaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran tahunan adalah untuk membimbing guru menyelaras dan menyediakan soalan ujian dan pentaksiran bagi memastikan murid mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.

Sebelum mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan merujuk kepada RPT dan latar belakang pelajar. Oleh itu, semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan tentang keperluan, matlamat, dan objektif yang mesti dicapai dan dikuasai oleh murid, serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “RPT 2023 Sekolah Rendah (KSSR) Muat Turun Percuma”

Leave a Comment

error: Content is protected !!