Solat Sunat Rawatib : Siri Panduan Ibadah dan Asas Agama

Apa yang dimaksudkan dengan Solat Sunat Rawatib? Solat ini dilakukan secara bersendirian sebelum atau selepas menunaikan solat fardhu. Alhamdulillah saat dilanda pandemik, dalam banyaknya kepayahan dan dugaan hidup, kita belajar untuk bergantung hidup dengan Sang Pencipta.

Ramai juga yang kembali ke jalan-Nya dan yakin berpegang teguh dengan tali-Nya. Semoga keadaan hidup sentiasa tenang dan damai meskipun dalam keadaan diuji.

Amalan ini adalah sunat muakkad, yang sangat dituntut dan digalakkan. Diharuskan kepada golongan Muslim Mukallaf, dikerjakan dengan kemahuan dan kerelaan diri sendiri. Adapun begitu, meninggalkan solat rawatib ini tidaklah membawa kepada dosa.

Berapa rakaat perlu dilaksanakan?

Sesiapa sahaja boleh melakukan sembahyang sunat Rawatib, termasuk para musafiryang menunaikan sembahyang fardhu secara Qasar. Setelah yakin masuk waktu solat, teruslah mengerjakan amalan tersebut, tidak perlu mengunggu azan atau iqamah. Sunat Rawatib ini tidak disembahyangkan secara berjemaah.

Sembahyang ini didirikan dalam kiraan dua rakaat sahaja. Berikut FLIP.MY sediakan panduan asas amalan sunat ini, tidak ada bezanya bagi golongan lelaki dan juga perempuan.

Contoh Solat Sunat Rawatib

Solat yang dituntut ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu Solat Sunat Qabliyyah dan Solat Sunat Ba’diyyah. Berikut merupakan perincian kedua-dua jenis ini:

QabliyyahDitunaikan sebelum sembahyang fardhu
Ba’diyyah Ditunaikan selepas sembahyang fardhu

Sunat Muakkad ini merupakan amalan yang amat digalakkan untuk menjadi amalan setiap muslim. Berikut merupakan sembahyang sebelum mengerjakan sembahyang fardhu yang dituntut:-

  1. Dua rakaat sebelum sembahyang fardhu Subuh
  2. Dua rakaat sebelum dan selepas sembahyang fardhu Zohor
  3. Dua rakaat selepas sembahyang fardhu Maghrib
  4. Dua rakaat selepas sembahyang fardhu Isyak

Niat hanya berbeza dengan sebutan perkataan semasa niat, Qabliyyah untuk sebelum sembahyang fardhu dan Ba’diyyah untuk selepas sembahyang fardhu. Contohnya:-

niat solat sunat rawatib zohor qabliyyah
Niat sebelum sembahyang Fardhu Zohor
solat sunat rawatib
Niat selepas sembahyang Fardhu Zohor

Cara Solat Sunat Rawatib 2 Rakaat

Sembahyang ini sama juga seperti mengerjakan solat sunat yang lain. Dikerjakan dalam dua rakaat mengikut rukun sembahyang yang lain. Hanya niatnya sahaja akan sedikit berbeza mengikut waktu sembahyang itu dilaksanakan.

  • Rakaat Pertama
    1. Berdiri menghadap kiblat.
    2. Niat semasa mengangkat takbiratul ihram
    3. Membaca Surah Al-Fatihah
    4. Rukuk dengan thumakninah
    5. Iktidal dengan thumakninah
    6. Sujud dengan thumakninah
    7. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah
    8. Sujud dengan thumakninah
    9. Berdiri semula
  • Rakaat Kedua
    1. Membaca Surah Al-Fatihah
    1. Rukuk dengan thumakninah
    2. Iktidal dengan thumakninah
    3. Sujud dengan thumakninah
    4. Duduk antara dua sujud dengan thumakninah
    5. Sujud dengan thumakninah
    6. Duduk bagi Tahiyyat akhir
    7. Beri salam

Setiap perlakuan, sebutan dan niat hendaklah dilakukan secara tertib. Ikut turutan mana yang patut didahulukan dan mana yang perlu dikemudiankan. Maksud thumakninah pula ialah berhenti seketika dalam perbuatan tersebut untuk menenangkan hati sebelum melanjutkan pergerakan yang seterusnya.

Kelebihan Solat Sunat Rawatib

Ternyata amalan ini mempunyai pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat pada amalan-amalan yang lain. Sembahyang sunat sebelum dan selepas mengerjakan yang fardhu ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan ganjaran pahala dan menampung kekurangan dalam sembahyang fardhu.

Selain itu, amalan sembahyang ini akan diberikan ganjaran kerahmatan dan Allah haramkan ke atasnya azab api neraka. Inilah antara ganjaran yang Allah berikan. Bersama-samalah kita merbut pahala berterusan ini untuk mendapat kebaikan daripada-Nya.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!