Latihan Kata Hubung: 60 Soalan Latih Tubi Beserta Jawapan

FLIP.MY kongsikan Latihan Kata Hubung untuk kegunaan murid-murid tingkatan 1, 2 dan 3. Bahan pembelajaran ini boleh dijadikan sumber ulangkaji terbaik buat semua murid. Kemahiran berbahasa akan menjadi semakin baik dengan adanya latih tubu penggunaan istilah atau diksi yang tepat.

Soalan ini berbentuk soalan objektif, yang disiapkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak. Umumnya diketahui bahawa kata hubung adalah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan, klausa atau frasa serta mencantumkan ayat secara koheran.

Muat Turun Latihan Kata Hubung

Murid-murid boleh juga memuat turun Buku Teks Digital untuk dijadikan rujukan semasa belajar. Jom muat Turun 60 Soalan Latihan soalan beserta jawapan menggunakan pautan yang disediakan di bawah:-

Muat Turun Sekarang

Pelajar perlu melalui pelbagai kaedah penilaian untuk menguji kefahaman mereka tentang kemahiran yang diajar oleh guru. Sama ada mengajar dalam kelas aliran perdana atau mengambil bahagian dalam kelas tambahan atau kelas pemulihan. Melalui penggunaan lebih banyak bahan latihan, ini akan membiasakan murid dengan pelbagai bentuk soalan dan penyelesaian masalah.

Latihan kata hubung

Kaedah latihan bertujuan untuk memberikan murid aktiviti peneguhan yang mencukupi dalam pembelajaran tertentu sehingga mereka dapat secara automatik mengingat maklumat apabila diminta. Perkara yang paling penting dalam membuat latih tubi adalah maklumat khusus yang perlu murid ketahui.

Lihat Juga Koleksi Soalan Tatabahasa berikut:-

  • 100 Soalan Kosa Kata

Berkaitan Latihan Kata Hubung

Sekiranya kaedah memperbanyakkan latihan dilakukan secara berterusan, mungkin juga akan membosankan murid. Kaedah ini akan mempengaruhi fokus dan tumpuan murid. Oleh itu, untuk mengekalkan motivasi murid, pelbagai bentuk latihan dapat digunakan, seperti:

  1. Latihan kompetitif dijalankan secara berkumpulan atau individu. Sekiranya dapat menjawab soalan guru mengenai kemahiran tertentu, skor akan dikira dan dikumpulkan, dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu lain yang mengambil bahagian.
  2. Sekiranya terdapat murid yang tidak begitu kompetitif, guru boleh membawa peralatan dan melakukan aktiviti gabung jalin kinestetik dan linguistik. Murid boleh mengasah kemahiran berbahasa dengan membuat penerangan dari nama, fungsi, kaedah penggunaan, kaedah penyimpanan peralatan, dan cara mengelakkan kecederaan akibat penggunaan peralatan tersebut dan sebagainya.

Malah, selain guru dan ibu bapa, murid juga dapat menolong sesama mereka melalui kaedah latihan ini. Kadang-kadang, murid lebih selesa belajar dari rakan sebaya. Oleh itu, latih tubi adalah salah satu kaedah penting untuk melatih murid yang menghadapi masalah pembelajaran khas untuk memahami apa yang diajar.

Selain menggunakan Latihan Kata Hubung ini, guru juga boleh menyampaikan ilmu bahasa menggunakan teknik-teknik lain seperti teknik permainan bahasa, teknik mestamu, teknik pentomin dan lain-lain lagi.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!