Semak Keputusan SPM 2022 Secara Online dan SMS

Semak Keputusan SPM 2022 anda bermula 8 Jun 2023 (Khamis). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 akan dikeluarkan pada 8 Jun 2023 (Khamis).

Seramai 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Cara Semak Keputusan SPM 2022

Sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah, calon juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

  1. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023; dan/atau
  2. Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2022 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada 14 Jun 2023.

Sekalung ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM Tahun 2022!

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!