Aduan Buli KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

Laporkan kes Buli secara dalam talian, e-mel, telefon, whatsapp atau melalui Portal Aduan Buli. Murid-murid dan semua pelajar dinasihatkan untuk jaga diri, urus tingkah laku, dan terus menjadi pelajar yang berakhlak tinggi, berintegriti dan berakhlak.

Surat Siaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang berkaitan kes salah laku dan masalah disiplin di sekolah:

  1. Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959 di bawah Peraturan 4 dan 8.
  2. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Bilangan 16, Tahun 2009: Ketegasan Menangani Tingkahlaku Ala Samseng dalam Kalangan Murid.
  3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010: Garis Panduan Mencegah dan Menangani perbuatan buli dalam kalangan Murid di Sekolah.
  4. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Bilangan 16 Tahun 2014: Pematuhan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Perbuatan Buli dalam kalangan Murid di Sekolah.
  5. Surat Pekeliling lkhtisas (SPI) Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid Tahun 2011.
  6. Garis Panduan Menangani Buli Melalui Pembudayaan Amalan Penyayang Dalam Kalangan Murid di Sekolah dan Asrama melalui Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah.

Aduan Buli Mengikut Kategori

Lima (5) kategori aktiviti pembulian yang mungkin berlaku di sekolah-sekolah atau institusi pendidikan yang lain telah dikenalpasti. Berikut merupakan jenis-jenisnya:-

  1. Peras Ugut : Minta duit, menyembunyikan barang mangsa, menjadi orang suruhan.
  2. Memulau : Tidak dimasukkan dalam kumpulan, tidak suka murid yang ikut peraturan.
  3. Fizikat : Pukul, tendang, cubit.
  4. Lisan : Ejek, mencarut.
  5. Isyarat bukan lisan : Jelir lidah, jegil mata, isyarat lucah.

Cara Buat Aduan Buli KPM

Mangsa atau ibu bapa boleh melaporkan kes-kes buli mengikut panduan di bawah:

Aduan Buli

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Aduan Buli

5 thoughts on “Aduan Buli KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)”

    • Buat aduan segera kpd guru disiplin dan hubungi talian aduan buli. Bg tahu ibu-bapa minta hadir ke sekolah jumpa pengetua maklumkan segera masalah anak dibuli. Buli adalah salah laku berat.

      Reply
  1. Assalammualaikum saya ahmad helis bin mustafar bekerja sebagai pemandu di ladang fgv berkaitan kes buli terus meningkat kerana ibu bapa pemangsa lebih suka keadaan anaknya membuli anak mangsa cara didikan ibu bapa itu sendiri suka kepada jenayah sivil saya berulang kali ke sekolah membuat aduan dan aduan polis tetapi tidak ada tindakan pihak sekolah dan pihak pdrm

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!