Contoh dan Cara Buat Rumusan SPM KSSM Bahasa Melayu Terkini

Pasti ramai yang masih tercari-cari Contoh dan Cara Buat Rumusan SPM bagi subjek Bahasa Melayu. Kali ini FLIP.MY bantu kongsikan cara penulisan yang baik untuk dijadikan panduan kepada semua calon SPM pada tahun ini atau tahun-tahun akan datang.

Panduan dan tip ini dikongsikan oleh Cikgu Siti Khajar binti Kamil, Guru Bahasa Melayu SMK Agama Dato Haji Abu Hassan Haji Sail. Melalui perkongsian ini, guru-guru ibu bapa dan murid boleh meneroka panduan menjawab soalan Kertas 2 Bahagian C dan contoh-contoh item soalan mahupun jawapan.

Soalan Rumusan SPM KSSM 2022

Contoh Rumusan SPM KSSR

Melalui soalan rumusan ini, calon akan menerima arahan umum, fokusnya tidak dinyatakan dalam soalan. Ikuti panduan soalan yang berikut:

  1. Murid perlu mejawab dalam tempoh masa 45 minit.
  2. Tema stimulus adalah sama untuk kesemua stimulus.
  3. Mengandungi sekurang-kurangnya dua bahan stimulus seperti petikan, prosa, puisi atau grafik.
  4. Stimulus yang tersedia mengandungimaksimum 300 patah perkataan.
  5. Keseluruhan stimulus mengandungi sekurang-kurangnya dua fokus.
  6. Jumlah pemarkahan adalah seperti berikut:
    • 2 Markah : Pendahuluan
    • 16 Markah : Isi (8 Isi)
    • 2 Markah : Penutup
    • 1-2 Markah: Bahasa
  7. Berikut pula merupakan penilaian bahasa secara holistik:
    • Cemerlang : 8-10 Markah
    • Baik : 5-7 Markah
    • Lemah : 1-2 Markah

Cara Buat Rumusan SPM KSSM 2022

Format Rumusan SPM KSSR

Cikgu Siti juga berkongsi panduan menjawab soalan ataupun menulis rumusan dengan baik. Berikut merupakan perkara yang perlu diberi perhatian semasa menulis:-

  1. Jawaban MESTI ditulis dalam bentuk essei berperenggan. Pemerengganan akan membantu calon menulis dengan lebih tersusun dan juga membantu pemeriksa mengesan isi serta memberi markah dengan mudah.
  2. Penulisan adalah TIDAK LEBIH daripada 120 patah perkataan.
  3. Calon perlu mengenal pasti semua fokus yang terdapat dalam setiap stimulus.
  4. Kemukakan 8 isi dengan lengkap. Isi wajib diambil daripada setiap bahan dan menyentuh setiap fokus.
  5. PENDAHULUAN : Nyatakan semua fokus (1 ayat)
  6. KESIMPULAN : Nyatakan tema bahan (1 ayat)

Teknik Menjawab Soalan Rumusan SPM

  1. Baca kesemua bahan yang diberikan, sama ada petikan, prosa, puisi atau grafik.
    • Bahan tersebut mempunyai fokus yang berbeza tetapi berkongsi tema yang sama.
  2. Garisi isi-isi penting untuk ditulis dalam bentuk isi tersurat. Fokus kepada:-
    • Punca/faktor/sebab
    • Kesan/akibat/implikasi/impak
    • Langkah/usaha/cara/strategi
    • Faedah/kebaikan/kelebihan/kepentingan/keistimewaan
    • Masalah/kekangan/halangan
    • Peranan/tugas/tanggungjawab
    • Ciri-ciri/kriteria/sifat

Isi-isi yang dikemukakan kebiasaannya melalui ayat dalam frasa berikut:-

Pananda
wacana
Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Tambahan pula, Kemudian dll
Langkah-
langkah
Hendaklah, perlulah, haruslah, menggunakan imbuhan meN-
Kepentingan/
kebaikan
Dapat, mampu, boleh, berupaya
KesanKesannya, akibatnya, menyebabkan, menjadikan, mendatangkan

Contoh Rumusan SPM KSSM Terkini

Rumusan SPM KSSR Terkini
Bahahian C | Rumusan | 30 Markah

Rumusan membincangkan punca, kesan dan Iangkah-Iangkah mengurangkan hama habuk di dalam rumah.

Punca terdapat hama habuk di dalam rumah ialah gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat serta menjalankan proses pengubahsuaian rumah.

Kesan hama habuk ialah alergi iaitu tindak balas sensitif yang cepat pada kulit manusia. Selain itu, kita juga boleh menghidapi penyakit asma, kegatalan pada bahagian kerongkong, kesukaran bernafas dan batuk-batuk.

Seterusnya langkah-langkah untuk mengurangkan habuk ialah kita haruslah mengvakum rumah secara berkala. Tambahan pula, kita boleh menggunakan pendingin hawa dan alat pembersih udara. Akhir sekali, kaedah pendedahan terus rumah kepada matahari juga merupakan langkah yang baik.

Kesimpulannya, setiap individu haruslah berusaha untuk mengurangkan hama habuk di dalam rumah supaya dijauhi daripada pelbagai penyakit.

(112 patah perkataan)

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

1 thought on “Contoh dan Cara Buat Rumusan SPM KSSM Bahasa Melayu Terkini”

Leave a Comment

error: Content is protected !!