Tebus GCR 80 Hari Bermula Januari 2022 (Gantian Cuti Rehat)

Penjawat awam kini boleh mula Kira dan Tebus GCR 80 hari berkuat kuasa 1 Januari 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, kakitangan kerajaan akan menikmati kenaikan jumlah hari maksimum daripada 150 hari pada 160 hari dan membenarkan penebusan awal GCR sehingga 50% atau 80 hari.

Dalam pembentangan bajet 2022, kerajaan bersetuju menaikkan jumlah ini dan pemberian awal wang tunai GCR ini hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan manakala Baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Sekiranya pegawai atau penjawat awam tersebut telah mengumpul gantian cuti rehat melebihi 160 hari, lebihan gantian cuti yang masih berbaki tersebut boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Apa itu Ganjaran Wang Tunai GCR?

Ganjaran wang tunai Gantian Cuti Rehat adalah wang tunai yang diberi kepada anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan atau keperluan perkhidmatan.

Syarat Tebus GCR Lebih Awal

Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah pegawai telah mencapai umur 45 tahun dan tempoh perkhidmatan tidak kurang 15 tahun. Syarat-syarat lain termasuklah:

  • Jumlah terkumpul sebelum membuat permohonan hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari.
  • Pegawai yang memohon adalah bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib.
  • Mendapat perakuan daripada ketua jabatan.

Pemberian awalan wang tunai adalah inisiatif yang membenarkan seorang pegawai menukar jumlah gantian cuti rehat yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Formula Pengiraan GCR

Ketua jabatan perlu menggunakan aplikasi sistem pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan pemberian awal wang tunai.

  • Pengiraan Award Gantian Cuti Rehat adalah menggunakan formula berikut: 1/30 x [Gaji akhir + Imbuhan Tetap] x jumlah GCR .

Apabila seseorang pegawai bersara, semua dokumen permohonan yang telah diperakukan hendaklah dikemukakan melalui jabatan kepada bahagian pasca perkhidmatan JPA.

Pekeliling GCR 160 Hari

Rujukan mengenai pindaan kepada GCR 160 Hari atau tebus GCR 80 hari boleh dirujuk kepada Surat Edaran Pindaan Dasar dan Peraturan Ganjaran Cuti Rehat. Muat turun dokumen berikut:

  1. Surat Edaran : JPA/PEN/228/15/2(26)
  2. Ceraian PP.1.3.1: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
  3. Ceraian PP.1.3.3: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 160 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
  4. Ceraian PP.1.3.4: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
  5. Soalan Lazim

Peranan dan Tanggungjawab Ketua Jabatan

Semak dan Tebus GCR dalam HRMIS
  1. Memastikan pengumpulan cuti yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan adalah betul dan teratur sepertimana dikehendaki oleh ceraian yang sedang berkuatkuasa;
  2. Memastikan bukti pengumpulan cuti dicatat dalam buku kenyataan cuti pegawai sepanjang tahun perkhidmatan;
  3. Memastikan jumlah cuti yang dikumpulkan hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;
  4. Merekodkan kelulusan penebusan awal award wang tunai dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan HRMIS pegawai;
  5. Menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan yang tepat di akhir perkhidmatan; dan
  6. Mengemukakan permohonan pemberian awal bersekali dengan salinan BPK dan salinan Kenyataan Cuti yang disahkan kepada JPA untuk tebus GCR.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “Tebus GCR 80 Hari Bermula Januari 2022 (Gantian Cuti Rehat)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!