Muat Turun RPT Pendidikan Muzik Sesi Persekolahan 2023 Tahun 1-6

RPT Pendidikan Muzik 2023 / 2024 ini disusun menggunakan sukatan pelajaran terkini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Bahan pelengkap persediaan mengajar ini adalah untuk kegunaan sesi persekolahan 2023 / 2024.

Terima kasih buat guru-guru seluruh Malaysia yang tidak pernah lokek berkongsi bahan untuk memudahkan urusan guru-guru yang lain. Untuk bahan kali ini adalah perkongsian Rozayus Academy.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disediakan ini mengandungi catatan ringkas mengenai kandungan pengajaran dan pembelajaran berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disusun teliti oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kandungan RPT Pendidikan Muzik

Berikut pula dinyatakan secara terperinci kandungan dan ciri-ciri utaman perancangan pengajaran tahunan ini;-

  • Dirangka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
  • Merangkumi perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun;
  • Diteliti dan diolah berdasarkan kondisi dan kesesuaian capaian sumber dan tahap pencapaian murid;
  • Disusun berdasarkan Takwim Persekolahan 2023 / 2024 yang dikeluarkan oleh pihak KPM.
  • Dijadikan rujukan untuk merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

RPT Pendidikan Muzik pada tahun 2023 / 2024 dilihat lebih menitikberatkan aspek pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) berbanding penyusunan RPT pada tahun-tahun sebelumnya. Pihak kementerian juga begitu giat menjalankan kursus untuk guru sekolah bagi menjelaskan dasar pendidikan baharu ini.

Terkini, melalui program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Oleh itu, dapat dilihat sekiranya semua guru melakukan usaha bersepadu untuk menyokong setiap dasar yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, keperluannya amat tinggi.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

  1. RPT Pendidikan Muzik Tahun 1 2023/2024
  2. RPT Pendidikan Muzik Tahun 2 2023/2024
  3. RPT Pendidikan Muzik Tahun 3 2023/2024
  4. RPT Pendidikan Muzik Tahun 4 2023/2024
  5. RPT Pendidikan Muzik Tahun 5 2023/2024
  6. RPT Pendidikan Muzik Tahun 6 2023/2024
RPT Pendidikan Muzik 2022 2023

Setelah memuat turun RPT ini, guru-guru bolehlah menyemak semula kandungan dan membuat perubahan sekiranya perlu. Seterusnya, cetak dan serahkan kepada ketua panitia untuk tujuan semakan dan akhir sekali hantar kepada pentadbir untuk tujuan pengesahan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga RPT Pendidikan Muzik 2023 / 2024 Tahun 1-6 ini bermanfaat kepada semua.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!