RPT Muzik Tahun 2 Sesi Persekolahan 2022 / 2023 (KSSR Semakan)

RPT Muzik Tahun 2 2022 / 2023 (KSSR Semakan) ini disusun menggunakan sukatan pelajaran terkini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Bahan pelengkap persediaan mengajar ini adalah untuk kegunaan sesi persekolahan 2022/23.

Terima kasih buat guru-guru seluruh Malaysia yang tidak pernah lokek berkongsi bahan untuk memudahkan urusan guru-guru yang lain. Untuk bahan kali ini adalah perkongsian Cikgu Faiq Latif.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang disediakan ini mengandungi catatan ringkas mengenai kandungan pengajaran dan pembelajaran berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang disusun teliti oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kandungan RPT Muzik Tahun 2 2022

Berikut pula dinyatakan secara terperinci kandungan dan ciri-ciri utaman perancangan pengajaran tahunan ini;-

  • Dirangka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP);
  • Merangkumi perancangan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun;
  • Diteliti dan diolah berdasarkan kondisi dan kesesuaian capaian sumber dan tahap pencapaian murid;
  • Disusun berdasarkan Takwim Persekolahan 2022/23 yang dikeluarkan oleh pihak KPM.
  • Dijadikan rujukan untuk merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

RPT Pendidikan Muzik pada tahun 2022/23 dilihat lebih menitikberatkan aspek pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) berbanding penyusunan RPT pada tahun-tahun sebelumnya. Pihak kementerian juga begitu giat menjalankan kursus untuk guru sekolah bagi menjelaskan dasar pendidikan baharu ini.

Terkini, melalui program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Oleh itu, dapat dilihat sekiranya semua guru melakukan usaha bersepadu untuk menyokong setiap dasar yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, keperluannya amat tinggi.

Muat Turun RPT Muzik Tahun 2 2022

Bahan yang disediakan ini adalah editable (boleh edit) yang boleh diubah kandungan menggunakan perisian Microsoft Word. Pastikan guru-guru menggunakan komputer untuk memuat turun dan menyunting bahan supaya urusan ini lebih mudah.

Klik pautan di bawah untuk mendapatkan bahan:

  1. RPT Pendidikan Muzik Tahun 1 2022
  2. RPT Pendidikan Muzik Tahun 2 2022
  3. RPT Pendidikan Muzik Tahun 3 2022
  4. RPT Pendidikan Muzik Tahun 4 2022
  5. RPT Pendidikan Muzik Tahun 5 2022
  6. RPT Pendidikan Muzik Tahun 6 2022

Setelah memuat turun RPT ini, guru-guru bolehlah menyemak semula kandungan dan membuat perubahan sekiranya perlu. Seterusnya, cetak dan serahkan kepada ketua panitia untuk tujuan semakan dan akhir sekali hantar kepada pentadbir untuk tujuan pengesahan.

RPT Muzik Tahun 2 2022 2023

Kepentingan Penyediaan RPT Muzik Tahun 2 2022

Antara kepentingan penyediaan perancangan tahunan adalah membolehkan guru-guru membuat perancangan rapi untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran selama tiga semester bermula tahun 2022.

Seperti mana yang telah kita ketahui, semua guru perlu merancang pengajaran mereka untuk memastikan keberkesanannya tercapai. Selain itu, guru-guru akan sentiasa fokus untuk meningkatkan pencapaian murid di samping mengurangkan wujudnya permasalahan semasa dalam proses pengajaran.

Persediaan mengajar, memerlukan perancangan dan persediaan yang bagus. Guru perlu merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran, termasuklah tempoh masa dan standard kandungan pembelajaran yang jelas, teliti dan lengkap. Persediaan yang teratur adalah kunci kejayaan sesi pengajaran guru.

Sekian sahaja perkongsian kali ini, semoga RPT Muzik Tahun 2 2022 / 2023 ini bermanfaat kepada semua.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!