RFID TAG akan menggantikan sepenuhnya penggunaan kad Touch n Go dan Smart Tag menjelang Februari 2022. FLIP.MY berkongsi panduan pendaftaran, cara pemasangan dan pengaktifan secara online sebagai rujukan para pengguna lebuhraya seluruh Malaysia.
Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan diguna pakai oleh semua jenis kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di kebanyakan lebuhraya. Perkhidmatan Touch n Go dan SmartTAG akan dimansuhkan secara berperingkat.
Melalui pelaksanaan ini, keseluruhan rangkaian infrastruktur jalan tol di pantai barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna jalan raya.
Transaksi RFID merupakan salah satu langkah atau inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di pintu tol dan selaras Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar yang diterajui oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
Kelebihan Menggunakan TAG RFID
Pelekat TNG RFID atau dikenali juga sebagai TNG RFID TAG, mempunyai cip frekuensi radio yang tertanam dan dilekatkan pada cermin hadapan atau lampu kenderaan. Satu (1) pelekat hanya boleh didaftar dan digunakan pada satu kenderaan sahaja.
Apabila kenderaan melalui tol, pengimbas pada bangunan kutipan tol akan mengesan frekuensi radio menerusi pelekat tersebut, seterusnya caj tol akan dicatatkan dalam Touch ‘n Go eWallet. Bayaran tol akan ditolak daripada baki yang terdapat dalam akaun Touch ‘n Go eWallet pengguna.
Antara kelebihan penggunaan teknologi atau sistem ini ialah:-
- Memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat & pantas.
- Selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar.
- Mengurangkan kesesakan di plaza tol.
- Perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong MyRFID.
- Mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dengan transaksi tol tanpa sentuh.
- Sekuriti tunai digital & tambah nilai tanpa tunai melalui Touch ‘n Go eWallet.
- Tidak memerlukan kuasa bateri dan mampu berfungsi dengan mudah.
Cara Daftar dan Aktifkan RFID TAG
Dapatkan tag ini secara dalam talian menggunakan Touch ‘n Go eWallet atau Portal Touch ‘n Go. Boleh juga beli melalui platform lain seperti Shopee atau Lazada. Ikuti langkah-langkah dan panduan di bawah:
- Install aplikasi Touch ‘n Go untuk memudahkan pebelian dan tambah nilai.
- Buka aplikasi tersebut dan klik pada ikon RFID.
- Tentukan jumlah pelekat yang ingin dibeli dan isikan maklumat yang diperlukan.
- Setelah selesai pembelian, tempahan anda akan diproses dan pelekat tersebut akan terus dihantar ke alamat yang telah diberikan.
Cara Aktifkan RFID TAG
- Setelah menerima tag pesanan anda, tag ini perlu diaktifkan melalui aplikasi Touch ‘n Go.
- Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang ‘ACTIVATE RFID TAG’.
- Masukkan butiran maklumat yang diperlukan oleh sistem.
- Masukkan 24 digit yang tercatat pada tag tersebut atau anda boleh juga imbas pada tag tersebut menggunakan kamera telefon.
- Akhir ekali, lakukan pengesahan dan verifikasi. Selesai!
Lokasi pemasangan RFID percuma
Buat masa ini, pemasangan secara percuma telahpun ditamatkan. Anda boleh mendapatkan nasihat atau bantuan ejen pemasaran yang telah dilantik untuk membuat pemasangan.
Semua senarai lokasi pemasangan RFID di Melaka Kuala Lumpur Kl Putrajaya negeri Sembilan Johor Pahang Sabah Sarawak Labaun Pulau Pinang Penang Selangor Perak Perlis Kedah Terengganu dan Kelantan pada tahun 2021 ini telah mengenakan sedikit bayaran, hanya RM35.
Beli dan pasang di 39 pusat pemasangan di Semenanjung Malaysia. Jumlah pusat ini akan ditambah dari masa ke masa untuk memudahkan mengguna mendapatkan bantuan.
Lokasi-lokasi pemasangan boleh dilihat melalui pautan ini, rfidregister.touchngo.com.my
Cara Pasang RFID Sendiri di Kereta
Rata-rata pelanggan kini memilih untuk tidak menghantarnya ke kedai pemasangan, tetapi mengambil keputusan untuk memasang sendiri pada kereta. Cara memasang RFID TAG ini amat mudah sekali.
- Terlebih dahulu, anda perlu mengeluarkan semua habuk dan kotoran. Pastikan permukaan cermin depan dan lampu juga bersih.
- Pelekat dan tag perlu dibuka dan dilekatkan pada lampu depan kereta atau boleh juga dilekatkan pada lampu hadapan kereta anda.
- Pastikan anda tidak meninggalkan tanda cap jari semasa membuka pelekat tersebut kerana cap jari itu akan terus kekal di situ.
- Buka semula aplikasi Touch N G dan daftarkan nombor siri pendaftaran RFID dan juga maklumat berkaitan kereta anda termasuklah nombor plat kenderaan.
- Tag kereta anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam dan anda boleh mula menggunakannya.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].
Duit di Smartag masih lagi berbaki, macamana untuk membuat tuntutan agar duit tersebut dapat dikembalikan ….please advice !
Menyusahkan orang
D myrfid x berfungsi dgn baik,sekejap boleh sekejap tidak,so yg perlu saya lakukan?
Baru saja guna x berfungsi, takdak beza dgn smarttag. Knp perlu tukar?
Siapa yg mengeluwrkan arahan pertukaran ini. Ini melibatkan kesejahteraan rakyat yg sdg terbeban fgn pelbagai masaalah spt covid, dibuang kerja, gaji dipotong dll
NAK BELI PN SUSAH, AGENT PAHANG KAT MANA?
DUIT DALAM TOUCH N GO BOLEH TAK TRANSFER DALAM RFID