Rata-rata melahirkan rasa bersyukur terhadap pengumuman kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri sebentar tadi. Menerusi sidang media itu, pengumunan kebenaran rentas negeri dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia mulai 11 Oktober 2021 (Isnin).
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90% di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Dengan keputusan ini, keluarga Malaysia dapat bergerak dengan bebas tanpa perlunya Surat Kebenaran Rentas Negeri di dalam dan luar negeri, seperti kembali ke kampung untuk bertemu dengan ibu bapa yang telah terpisah lama, melancong dan sebagainya.
Baca juga: Permohonan Sekolah Khusus : SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD
Namun begitu, kebenaran rentas negeri ini hanya dibenarkan untuk individu yang lengkap dua dos vaksinasi. Mereka ini dibenarkan untuk merentas negeri dan melancong di dalam atau di luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga menyatakan behawa pemeriksaan SOP masih dilakukan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kebenaran pergerakan rentas negeri yang diumumkan ini tidak terpakai untuk kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sempadan Negara Turut Dibuka
Berita baik juga kepada individu yang gemar melancong dan mempunyai sanak saudara di luar negara, pintu sempadan untuk ke luar negara turut dibuka pada 11 Oktober 2021. Tiada lagi sekatan jalan raya di semua sempadan daerah atau negeri bagi menyemak pergerakan keluar masuk sempadan daerah dan negeri.
Perdana Menteri mengatakan bahawa walaupun tidak ada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan merentas negari, SJR untuk mengawal jenayah dan keselamatan negara masih diteruskan. Pemeriksaan secara rawak akan diteruskan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa, semua rakyat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko penularan atau jangkitan Covid-19 yang masuh terdapat dalam komuniti sehingga ke hari ini. Jaga diri, lindungi keluarga.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].