Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2023

Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2023 kini dibuka kepada orang awam yang berminat menjadi sukarelawan bertugas mengawas Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bermula tahun ini, Menteri Pendidikan telah mengambil langkah proaktif dalam mengurangkan beban tugas guru. Dengan adanya khidmat orang awam ini pastinya dapat memberi peluang kepada yang berkelayakan serta ruang selesa kepada guru-guru untuk fokus kepada murid-murid di sekolah.

Tugas Pengawas Peperiksaan SPM 2023

  1. Membantu Ketua Pengawas mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan;
  2. Membantu Ketua Pengawas untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa;
  3. Membantu Ketua Pengawas memungut kertas soalan, skrip jawapan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan;
  4. Mengawas calon untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
  5. Mengawas calon-calon dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
  6. Membantu Ketua Pengawas berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.

Syarat Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2023

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun;
  4. Pemohon adalah pesara/pelajar kolej atau universiti yang sedang dalam tempoh cuti semester sepanjang SPM berlangsung/lepasan sekolah, kolej atau universiti;
  5. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah; dan
  6. Mempunyai pengangkutan sendiri.

Tempoh Permohonan :
12 September 2023 sehingga 31 Oktober 2023

Cara Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2023

  1. Permohonan melalui Pengarah Pendidikan Negeri menggunakan pautan https://bit.ly/44KmnxL ;
  2. Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Penerimaan Permohonan :

  1. Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
  2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  3. Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Pengawas Peperiksaan SPM

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!