Pembukaan Semula Sekolah Ditangguhkan ke 3 Oktober 2021

Tarikh pembukaan semula sekolah yang dijadualkan dibuka semula pada 1 September 2021 telah ditunda sehingga 3 Oktober 2021. Rata-rata ibu bapa melahirkan kebimbangan terhadap angka penularan Covid-19 yang masih belum reda sepenuhnya.

Datuk Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan mengatakan bahawa setelah pihaknya mengkaji perkembangan semasa yang melibatkan penyebaran Covid-19 ke seluruh negara, tarikh pembelajaran bersemuka di sekolah ditangguhkan.

Pembukaan sekolah secara berperingkat ini dilaksanakan terlebih dahulu di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN). Dengan mengambil kira risiko keselamatan murid-murid dan warga sekolah, negeri dalam Fasa Satu PPN masih tidak dibenarkan dilaksanakan secara bersemuka.

Fokus Pembukaan Semula Sekolah

Sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka ini memberi fokus kepada murid kelas peperiksaan bagi negeri-negeri yang berada dalam Fasa Dua PPN. Bagi Fasa Tiga PPN pula, pembukaan penuh dibenarkan dengan mematuhi garis panduan yang telah diedarkan.

Keselamatan murid adalah menjadi keutamaan pihak kementerian. KPM menyasarkan dan berhasra untuk melaksanakan sesi pembelajaran secara bersemuka bermula 1 Setpember, namun atas desakan keadaan dan ancaman keselamatan murid, maka tarikh memulakan semula sesi persekolahan ini dilewatkan.

Pembukaan Semula Sekolah

Datuk Dr. Radzi Jidin juga memaklumkan bahawa sebelum membuat keputusan mengenai pengajaran dan pembelajaran bersemuka, keadaan semasa di setiap negeri juga harus dipertimbangkan, termasuk kadar vaksinasi dan kapasiti kemudahan kesihatan yang ada.

Pihak KPM juga akan membuat pengumuman pembukaan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka untuk memudahkan urusan persediaan guru, murid dan juga ibu bapa.

Bagi pelajar tahun satu dan dua yang mungkin agak ketinggalan dalam kemahiran literasi dan numerasi, pihak KPM telahpun menyediakan rancangan pemulihan atau pembugaran untuk membolehkan mereka menguasai sekurang-kurangnya tahap minimum.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia juga menyatakan bahawa mungkin terdapat perubahan pada masa akan datang. Pembukaan Semula Sekolah ini akan dipastikan dengan mempertimbangkan penilaian risiko oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

Ikuti kami di Facebook FLIP.MY: dan Telegram: untuk mendapatkan pelbagai info dan bahan terkini secara percuma!

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

2 thoughts on “Pembukaan Semula Sekolah Ditangguhkan ke 3 Oktober 2021”

  1. FRIST I THOUGHT SCHOOL WILL OPEN ON 1 SEPTEMBER I WAS VERY HAPPY BUT IT ALREADY FORWARD TO 3 OCTOBER I MISS MY SCHOOL I FELL BETTER STUDYING IN SCHOOL WITH MY FRIENDS AND TEACHERS I FELL HAPPY IN SCHOOL I CAN PAST MY TIME WITH FRIENDS NOTHING LIKE SCHOOL I LOVE TO GO TO SCHOOL VERY MUCH ……………………………..

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!