Melukis Doodle: MyDOODLE @Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganjurkan Pertandingan Melukis Doodle sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyemai semangat cinta akan negara.

Karya seni Scratch atau Doodle sememangnya menjadi semakin popular dalam masyarakat dan mempunyai kelompok peminat mereka sendiri. Lakaran bukan sekadar cotengan bermalas-malasan, tetapi merupakan ekspresi artistik yang ditonjolkan buat setiap pelukisnya.

Kategori Pertandingan Melukis Doodle

Peserta akan melukis MyDoodle bertemakan Bulan Bahasa Kebangsaan dengan penerapan elemen Rukun Negara. Boleh menggunakan apa sahaja medium pada kertas bersaiz A3. Peserta juga dihadkan untuk menghantar satu penyertaan sahaja. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:

  • Kategori A : 13-15 tahun
  • Kategori B : 16-17 tahun

Pertandingan bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ sempena Sambutan Bulan Kebangsaan. Jabatan Penerangan Malaysia selaku penganjur pertandingan BERHAK menggunakan lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.

Tarikh Pertandingan:

10 Ogos 2021 – 14 September 2021

Terma dan Syarat Pertandingan melukis Doodle

Terma dan Syarat Pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) pertandingan sahaja.
  2. Para peserta boleh menyertai pertandingan dengan melayari laman sesawang www.merdeka360.my.
  3. Sijil Penyertaan akan diberi secara digital oleh pihak urus setia.
  4. Peserta akan melukis berdasarkan tema Sambutan Bulan Kebangsaan iaitu ‘Malaysia Prihatin’ di samping menerapkan elemen Rukun Negara dalam lukisan tanpa menyentuh isu politik dan sensitiviti perkauman.
  5. Lukisan tersebut mestilah bersaiz A3. Peralatan yang boleh digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen atau warna air.
  6. Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja.
  7. Para peserta juga dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping proses kerja seperti kerja awal melukis, pertengahan mewarna dan hasil karya yang telah disiapkan.
  8. Hasil karya perlu dihantar dengan memuat naik karya tersebut ke dalam google form yang disediakan. Format fail adalah dalam bentuk jpeg. atau pdf (kurang daripada 10MB).
  9. Pemilihan 10 orang pemenang yang terbaik dibuat berdasarkan kreativiti lukisan yang dihasilkan. Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur.
  10. Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
  11. Keputusan panel juri penilai adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dipertikaikan.

Cara Menghantar Penyertaan

Peserta dikehendaki mengambil gambar tiga (3) keping proses kerja seperti kerja awal melukis doodle, pertengahan melukis dan hasil karya yang telah disiapkan.

Hasil karya di muat naik dalam format jpeg atau pdf (kurang daripada 10MB) ke dalam link google form pendaftaran yang disediakan di portal www.merdeka360.my. Jika terdapat pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

  • Syed Hanafi bin Syed Ali Hanafiah : 03 8911 7424
  • Dayangku Nor Eda Musa : 03 8911 7422
  • Emel : [email protected]
melukis doodle

Berpesan-Pesan Kepada Kebaikan

Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram juga. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔴 TWITTER : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

24 thoughts on “Melukis Doodle: MyDOODLE @Merdeka Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan”

  1. Saya nak join competition ini ….So i kena buat doodle tentang merdeka sahaja ke atau lain – lain boleh ? Thank you ye …

    Reply
  2. Sebenarnya tujuan saya menyertai program ini untuk mengasah kebolehan saya dan mempraktikkan ia untuk memperbaik lukisan saya️

    Reply
  3. Sebenarnya saya meryetai program ini untuk saya megasah bakar dan kebolehan saya dan mempraktikan ia untuk memperbaik lukisan saya

    Reply
    • I was the one who told that October 14 is the announcement date but they gave us a wrong information but October 15 is the announcement day ( today ).. we are not sure yet who is the winner..they didin’t let us no yet.U may call them for more information.

      email: [email protected]
      phone number:
      SYED HANAFI BIN SYED ALI HANAFIAH: 03-8911 7424
      DAYANGKU NOR EDA MUSA: 03-8911 7422

      Reply
  4. I was the one who told that October 14 is the announcement date but they gave us a wrong information but October 15 is the announcement day ( today ).. we are not sure yet who is the winner..they didin’t let us no yet.U may call them for more information.

    email: [email protected]
    phone number:
    SYED HANAFI BIN SYED ALI HANAFIAH: 03-8911 7424
    DAYANGKU NOR EDA MUSA: 03-8911 7422

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!