Malaysian Scout Virtual Run & Hike Peringkat Kebangsaan 2021

Malaysian Scout Virtual Run & Hike peringkat kebangsaan 2021 ini dijalankan adalah bersempena dengan hari Pengakap Malaysia pada bulan September.

Idea untuk menjalankan program ini timbul hasil perbincangan dalam Persekutuan Pengakap Malaysia bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan dan ingin berkongsi idea bersama dengan Persekutuan Pengakap Malaysia di seluruh Malaysia.

Tujuan utama program ini adalah untuk menjadikan program ini sebagai satu medan untuk memantapkan pelaporan digital (true and honest reporting). Kepakaran ahli pengakap dan mewujudkan sifat berdaya saing dalam kalangan mereka.

Program ini juga bertujuan untuk menerap kemahiran insaniah dalam diri ahli pengakap di samping memantapkan aktiviti rekreasi dan riadah ke arah membentuk budaya ahli pengakap yang mengamalkan kehidupan sihat.

Penyertaan Malaysian Scout Virtual Run & Hike

Penyertaan hanya untuk ahli Pengakap yang berdaftar. Boleh menyertai mengikut kategori yang berikut:-

  • Unit pengakap Lebah
  • Unit Pengakap Kanak Kanak
  • Unit pengakap Muda
  • Unit pengakap Remaja
  • Unit Pengakap Kelana
  • Pemimpin dan Penolong Pemimpin

Pengakap yang mendaftar tetapi tidak terlibat secara langsung dengan kumpulan juga boleh menyertai program ini. Termasuklah barisan pesuruhjaya (daerah, negeri, ibu pejabat dan negara), dan ahli Majlis Pengakap Negara.

Tarikh Penting Malaysian Scout Virtual Run & Hike

Acara larian dan mendaki ini boleh dilaksanakan di kawasan keberadaaan masing-masing, Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian.

  1. Pendaftaran dan pembayaran di buka kepada semua negeri : 01 Ogos 2021 – 25 Ogos 2021
  2. Perasmian pembukaan: 01 September 2021
  3. Program virtual run : 4-11 September 2021
  4. Program virtual hike : 11-18 September 2021
  5. Tarikh menghantar bukti larian : virtual run : 11-18 September 2021
  6. Tarikh menghantar bukti larian : virtual hike : 18-25 September 2021

Tema: Scout Beyond Borders

Tema ini membawa maksud kepada mewujudkan ahli pengakap yang berfikiran melepasi sempadan kebiasaan dan tanpa had berfikiran luar kotak. Pemikiran ini menjadikan setiap daripada ahli pengakap sentiasa bersifat terbuka kreatif dan pro aktif. Tambahan juga, program ini akan mewujudkan pergaulan sosial yang positif antara masyarakat dan ahli pengakap.

Yuran Penyertaan

  • VIRTUAL RUN SAHAJA
    • RM 22 (medal sijil badges khas)
    • RM 12 sijil badges khas
  • VIRTUAL HIKE SAHAJA
    • RM 22 (medal sijil badges khas)
    • RM 12 sijil badges khas
  • KOMBO VIRTUAL RUN & HIKE
  • RM 42 2 medal 2 sijil 2 badges khas) (RUN HIKE)
  • RM 22 2 sijil 2 badges khas
Malaysian Scout Virtual Run & Hike Jarak

Terma dan Syarat Malaysian Scout Virtual Run & Hike

  1. Undang undang Pengakap yang Pertama Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya
  2. Aktiviti ini adalah aktiviti tertutup kepada Ahli Pengakap yang berdaftar dengan Persekutuan PengakapMalaysia sahaja.
  3. Terdapat 2 kategori bagi aktiviti ini iaitu VIRTUAL RUN dan VIRTUAL HIKE.
  4. Pendaftaran akan dijalankan melalui Sekolah masing masing dan terus berhubung dengan Sekreteriat yang telah diberikan.
  5. Program ini juga terbuka kepada ahli pengakap yang berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia sahaja
  6. Larian boleh dibuat di mana mana sahaja (Kawasan bersesuaian dengan SOP) dan dibenarkan secara beransur ansur serta terhad kepada 5 bukti gambar sahaja.
  7. Manakala VIRTUAL HIKE, peserta dikehendaki menjalankan aktiviti secara mendaki Berjalan sama ada kawasan berbuki. (TOTAL ELEVATION GAIN)
  8. Satu bukti penghantaran adalah untuk satu peserta sahaja.
  9. Jika peserta gagal untuk menghantar bukti larian kepada jawatankuasa penyertaan akan terbatal dan wang pendaftaran TIDAK akan dikembalikan.
  10. Dengan pengesahan penghantaran bukti larian peserta bersetuju untuk mematuhi peraturan dan undang undang yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  11. Setelah pengesahan bukti larian berjalan perubahan pada kategori atau maklumat lain tidak akan dilayan
  12. Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak penyertaan tanpa pemberitahuan dan alasan terlebih dahulu
  13. Pihak penganjur boleh mengubah tarikh program mengikut budi bicara dan keadaan semasa.
  14. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
  15. Penghantaran bukti larian berjalan perlu dihantar melalui google form yang akan dimaklumkan kelak.
  16. Sebarang kesalahan pada maklumat pada borang bukti penghantaran pihak penganjur akan menolak borang tersebut
  17. Link penghantaran akan diberi melalui hebahan melalui sekreteriat negeri yang telah diberikan
  18. Aplikasi Rekod untuk menyertai larian Muat Turun Aplikasi dan Mula Rekod Larian Anda
    • https://play google com/store/apps/details?id=com.fitness22.running
    • https://play google com/store/apps/details?id=com.sec android.app.shealth
    • https://play google com/store/apps/details?id=com.strava
    • https://www.apple.com/my/ios/health/ atau nike run club bagi ios
Malaysian Scout Virtual Run & Hike Jarak Apps

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

4 thoughts on “Malaysian Scout Virtual Run & Hike Peringkat Kebangsaan 2021”

  1. borang excel pendaftaran tidak boleh dibuka, di baca dan di attached. pembayaran telah di buat tetapi tidak boleh submit kerana tiada borang excel pendaftaran.

    Reply
  2. Assalam.. tarikh utk run 4hb – 11hb sepjg tarikh itu kena buat run ke? Atau boleh pilih mana² tarikh ? Jika km run terlebih blh ke?

    Reply

Leave a Reply to danial Cancel reply

error: Content is protected !!