Latihan Matematik Tahun 2 PDF Berdasarkan Kurikulum KSSR Semakan

Latihan Matematik Tahun 2 ini merupakan kumpulan soalan yang dikongsikan oleh beberapa orang guru Matematik dari seluruh Malaysia. Murid-murid perlu dinilai melalui pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengukur tahap kefahaman mereka tentang kemahiran yang diajar oleh guru.

Sama ada mengajar dalam sesi pembelajaran dalam bilik darjah atau mengambil bahagian dalam kelas-kelas bimbingan. Dengan memberikan lebih banyak latih tubi, ini akan membiasakan murid dengan pelbagai bentuk penyelesaian masalah.

Kepelbagaian latihan bertujuan sebagai latihan dan peneguhan yang mencukupi supaya mereka dapat membaca atau mengingat kembali semua maklumat apabila diminta. Penyusunan latihan ini juga perlulah merujuk kepada kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).

Kurikulum Standard Matematik sekolah rendah bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai minda matematik (berfikrah Matematik). Kurikulum ini akan melatih murid memahami konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik mudah.

Selain itu juga, penguasaan yang baik akan dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan. Seterusnya, membentuk murid yang bertanggungjawab terhadap kehidupan seharian. Murid juga dibimbing untuk menghadapi cabaran berdasarkan sikap dan nilai yang baik selaras perkembangan sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21

Latihan Matematik Mengikut Topik

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam menguruskan proses latih tubi kepada murid setelah sesuatu isi pembelajaran disampaikan. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai kemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menilai latihan yang diberikan.

Selain itu, guru juga perlu memberikan maklum balas dan refleksi yang berkesan kepada murid. Pengajaran dan pembelajaran mengikut topik dan kandungan buku teks amat penting untuk mengelakkan guru daripada tercicir topik yang perlu dipelajari murid. Berikut ialah pautan latihan topikal mengikut tahun.

Latihan Matematik Tahun 2

Koleksi latihan yang disusun mengikut topik ini merupakan himpunan bahan topikal Guru Besar. Guru-guru atau murid boleh ke laman web gurubesar.my atau muat turun atau daptkan melalui pautan di bawah.

  1. Nombor Hingga 1000
  2. Operasi Tambah
  3. Operasi Tolak
  4. Operasi Darab
  5. Operasi Bahagi
  6. Pecahan
  7. Perpuluhan
  8. Wang Sehingga 100
  9. Masa dan Waktu
  10. Panjang
  11. Berat
  12. Isipadu Cecair
  13. Bentuk

Latihan Matematik Premium

Pelbagaikan Tugasan dan Latihan Matematik

Sekiranya dilakukan secara berterusan, kaedah latihan atau latih tubi ini mungkin membosankan. Kaedah ini akan mempengaruhi fokus dan tumpuan murid. Oleh itu, bagi mengelakkan kebosanan dan kekurangan tumpuan pelajar, pelbagai bentuk soalan latih tubi dapat dipraktikkan.

Latihan kompetitif boleh dijalankan secara berkumpulan atau individu. Murid yang dapat menjawab soalan guru mengenai kemahiran tertentu, skor akan dikira dan dikumpulkan. Setelah itu, keputusan dibandingkan dengan kumpulan atau individu lain yang mengambil bahagian untuk mewujudkan persaingan positif.

Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini. Sokongan dan bimbingan selain daripada guru dan ibu bapa juga amat berkesan. Kesimpulannya, menyelesaikan Latihan Matematik Tahun 2 ini bersama rakan sebaya juga penting dalam mengajar murid yang ketinggalan dalam pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.’

Latihan Matematik Tahun 2

7 Tip Menguasai Subjek Matematik Dengan Mudah!!

  1. Buat latih tubi dengan kerap. Sentiasa!
  2. Meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit masa untuk menyiapkan latihan matematik. Tidak kiralah sama ada secara bertulis atau lisan (congak atau hafal sifir).
  3. Mula melatih diri menggunakan soalan aras rendah terlebih dahulu.
  4. Kemudian, apabila telah menguasai kandungan aras rendah, buat ansur maju dengan menggunakan soalan dalam kumpulan aras yang lebih tinggi.
  5. Pastikan bahawa anda telah sepenuhnya mahir dan menguasai dengan cekap asas operasi tambah dan tolak menggunakan nombor bawah 20.
  6. Sifir merupakan jantung subjek ini. Banyak manfaat yang akan diperoleh apabila anda ingat sifir. Hafal!
  7. Latihan yang sama boleh dijawab secara berulang-ulang walaupun anda telah menjawabnya dengan betul. Latih diri untuk menjawab soalaan latihan matematik tahun 2 ini dengan cekap dan pantas!

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!