Koleksi latihan Bahasa Melayu Tahun 4 ini merupakan antara bahan pembelajaran pilihan FLIP.MY untuk perkongsian seterusnya. Bahan-bahan ini merupakan bahan bantu mengajar yang telah disusun oleh guru-guru dari seluruh Malaysia.
Himpunan ini diharapkan dapat memudahkan urusan semua pihak, sama ada guru, ibu bapa dan juga murid. Semoga penambahan ilmu dan kemahiran dalam semasa menggunakan bahan ini dapat memberikan ganjaran pahala yang berterusan kepada semua pembina item.
Bahan Berkaitan: Buku Teks Digital Bahasa Melayu Tahun 4
Dapatkan Latihan Bahasa Melayu Tahun 4 ini melalui pautan di bawah:
Modul Bahasa Melayu versi penuh juga ada disediakan. Terdapat 30 halaman latihan yang disusun berpandukan buku teks. Seperti yang anda lihat, set ini lengkap dengan tajuk, sumber dan kod pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid membuat ulangkaji dengan lebih berpandu.
Versi latih tubi ini juga disediakan dalam format PDF Fill Form, murid boleh terus menaip jawapan sebelum menghantar kepada guru. Guru-guru atau ibu bapa boleh menggunakan latihan yang dikongsikan di atas secara percuma!
Versi Penuh: Senarai Modul PdPR KSSR
Berkaitan Latihan Bahasa Melayu Tahun 4
Sekiranya kaedah memperbanyakkan latihan dilakukan secara berterusan, mungkin juga akan membosankan murid. Kaedah ini akan mempengaruhi fokus dan tumpuan murid. Oleh itu, untuk mengekalkan motivasi murid, pelbagai bentuk latihan dapat digunakan, seperti:
- Latihan kompetitif dijalankan secara berkumpulan atau individu. Sekiranya dapat menjawab soalan guru mengenai kemahiran tertentu, skor akan dikira dan dikumpulkan, dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu lain yang mengambil bahagian.
- Sekiranya terdapat murid yang tidak begitu kompetitif, guru boleh membawa peralatan dan melakukan aktiviti gabung jalin kinestetik dan linguistik. Murid boleh mengasah kemahiran berbahasa dengan membuat penerangan dari nama, fungsi, kaedah penggunaan, kaedah penyimpanan peralatan, dan cara mengelakkan kecederaan akibat penggunaan peralatan tersebut dan sebagainya.
Malah, selain guru dan ibu bapa, murid juga dapat menolong sesama mereka melalui kaedah latih tubi ini. Kadang-kadang, murid lebih selesa belajar dari rakan sebaya. Oleh itu, latih tubi adalah salah satu kaedah penting untuk melatih murid yang menghadapi masalah pembelajaran khas untuk memahami apa yang diajar.
Selain menggunakan Latihan Bahasa Melayu Tahun 4 ini, guru juga boleh menyampaikan ilmu bahasa menggunakan teknik-teknik lain seperti teknik permainan bahasa, teknik mestamu, teknik pentomin dan lain-lain lagi.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].