Jadual Tarikh Gaji 2024 Penjawat Awam, Kakitangan Kerajaan

Jadual tarikh gaji 2024 penjawat awam atau kakitangan kerajaan ini adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara. Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun ini telah ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia.

Bacaan lanjut: Muat turun penyata gaji bulanan dan tahunan

Perbelanjaan yang bijak akan menjadikan kehidupan anda sekeluarga lebih harmoni tanpa tekanan dan bebanan komitmen yang tinggi. Berikut merupakan tips ringkas untuk menguruskan perbelanjaan.

  • Tahu bezakan antara kehendak dan keperluan
  • Hidup di bawah garis kemampuan
  • Rancang perbelanjaan
  • Buat belanjawan
  • Belanja mengikut keutamaan
  • Hidup bersederhana

Berbelanjalah dengan berhemah, pilihan di tangan anda. Semoga bermanfaat untuk semua.

Tarikh Gaji 2024 Penjawat Awam

Berikut adalah jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 untuk rujukan dan semakan penjawat awam atau kakitangan kerajaan seluruh negeri di Malaysia.

Tarikh pembayaran gaji diawalkan kepada 13 Jun disebabkan sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada bulan Jun untuk membantu persiapan hari raya.

Pada bulan Disember pula terdapat perayaan Krismas, maka tarikh bayaran gaji juga diawalkan kepada 19 Disember, tetapi bagi pada bulan-bulan lain, tetap juga pada tarikh 23, 24 dan 25 haribulan. Dapat kita lihat bahawa pihak kerajaan menyokong dan membantu penjawat awam membuat persediaan meraikan perayaan dengan menerima bayaran gaji awal.

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina 10 & 11 Februari 2024 (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin 
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat 
Ogos23.08.2024Jumaat 
September25.09.2024Rabu 
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin 
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas 25 Disember 2024 (Rabu)
Tarikh Gaji 2024

Pada akhir bulan, sebaiknya elakkan pembaziran wang kerana lebihan perbelanjaan. Adalah penting untuk mengamalkan perancangan kewangan yang baik untuk mengekalkan rekod bersih bulanan setiap komitmen.

Pertanyaan lanjut mengenai Jadual tarikh gaji 2024 atau Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!