Kaedah atau teknik Iqra ini bermaksud membaca Al-Quran dengan cepat dengan membunyikan huruf-huruf Hijaiyah secara berturut-turut. Perkataan ini diambil sempena permulaan ayat Al-Quran surah Al-‘Alaq, أقرأ yang mendukung maksud ‘baca’.
Penyusunan buku ini mengikut kaedah penulisan Rasm Uthmāni. Kaedah ini juga boleh dikatakan sebagai kaedah pantas untuk mempelajari Al-Quran dengan mengenal bunyi dan membaca Al-Quran. Anak-anak yang berumur 4 hingga 5 tahun dijangka akan dapat mengenal dan membaca huruf-huruf Hijaiyah dalam tempoh 3 hingga 6 bulan sekiranya menggunakan teknik ini.
Buku Iqra ini disusun dalam 6 jilid buku yang merangkumi kesemua sukatan pelajaran untuk belajar membaca Al-Quran. Kandungan setiap jilid disusun secara berperingkat bermula dengan barisan huruf. Kemudian, anak-anak akan dilatih membunyikan perkataan atau ayat sebagai pengenalan, sebelum capai ke peringkat latihan dan pengukuhan.
Pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknik ini akan bermula dengan jilid 1. Perkembangan pembelajaran adalah mengikut tahap pencapaian masing-masing. Buku ini juga disusun dalam naskhah yang berwarna-warni, untuk menarik minat murid-murid.
Kenali 11 Teknik Bacaan Iqra’
Tahap penguasaan anak-anak adalah berbeza. Guru perlu menggunakan teknik yang bersesuaian untuk memastikan murid-murid dapat mengikuti kelas Al-Quran dengan berkesan. Berikut antara teknik yang boleh digunakan:-
- Guru membaca terlebih dahulu dan murid akan mengikutinya secara di dalam kelas.
- Bacaan secara latih tubi.
- Teknik pengajaran beserta bahan bantu mengajar.
- Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta jelas.
- Membaca huruf, perkataana atu ayat secara terputus-putus.
- Membaca dengan menyambung terus huruf demi huruf dan ayat demi ayat.
- Membaca secara lancar tetapi betul bacaannya.
- Teknik Tadwīr iaitu membaca secara menghafaz tanpa tersekat-sekat.
- Menyusun huruf dan ayat secara latih tubi tanpa hafazan.
- Teknik mengenal huruf-huruf Hijāiyyah tunggal dahulu kemudian diikuti dengan huruf-huruf yang bersambung.
- Teknik membaca bacaan yang mudah terlebih dahulu diikuti dengan bacaan yang sukar.
Muat turun buku Iqra berikut mengikut jilid bacaan anak-anak di sekolah atau di rumah. Bahan dalam bentuk PDF ini lebih mudah digunakan juka disimpan dalam storage komputer atau telefon masing-masing.
Semasa belajar membaca Al-Quran, murid perlu belajar secara langsung atau terus dengan gurunya. Faktor inilah yang sangat dititikberatkan dalam teknik ini supaya pelajar dapat mengetahui dengan tepat bagaimana pengucapan makhraj dan sifat huruf yang sebenarnya.
Tahap penguasaan dan kepantasan pencapaian murid bergantung pada kemampuan individu itu sendiri. Guru juga memainkan peranan untuk membimbing. Untuk penilaian dan pengesahan, rekod prestasi harus disediakan seperti yang disarankan.
Seorang guru harus membimbing lima hingga enam orang murid sahaja dalam satu-satu masa. Sekiranya keadaan memerlukan, guru boleh menggalakkan murid tertentu (mempunyai tahap penguasaan yang lebih tinggi) menjadi pembantu guru dan mendengar bacaan rakannya.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].