Ramai yang bertanya, bonus penjawat awam 2022 bila dapat? Kerajaan akan bayar bila? FLIP.MY akan merungkaikan setiap persoalan dan berkongsi info serta sejarah pemberian bonus sejak 10 tahun yang lalu.
Cadangan Cuepacs kepada kerajaan Malaysia adalah supaya mempertimbangkan pemberian ganjaran dua bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan, susulan peningkatan kos sara hidup di Malaysia mutakhir ini.
Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 561 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022 layak dibayar bonus sebanyak RM700.00.
Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan pada atau sebelum 25 Januari 2022 akan dibayar sebanyak RM350.00 oleh JPA manakala bagi veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.
Syarat Bonus Penjawat Awam 2022
Berikut merupakan sejarah penerimaan bonus kakitangan awam dan sejarah bonus pesara kerajaan dalam tempoh 10 tahun yang lalu, termasuklah 2022/2023. Anda boleh melihat trend yang telah berlaku.
TAHUN | JUMLAH BONUS | BONUS PESARA PENCEN |
---|---|---|
Bajet 2022 | RM700 | RM350 |
Bajet 2021 | RM600 | RM300 |
Bajet 2020 | Bantuan khas aidilfitri RM500 | Bayaran khas sebanyak RM250 |
Bajet 2019 | RM500 | RM250 |
Bajet 2018 | RM1500 | RM750 |
Bajet 2017 | RM500 | RM250 |
Bajet 2016 | RM500 | RM250 |
Bajet 2015 | RM500 | RM250 |
Bajet 2014 | RM500 | RM250 |
Bajet 2013 | Bonus setengah bulan gaji (Minimum RM1500) | RM500 |
Bajet 2012 | Bonus satu bulan gaji (Minimum RM1000) | RM1000 |
Bila tarikh penerimaan bantuan khas 2022 untuk kakitangan kerajaan? Kakitangan kerajaan Gred 56 dan ke bawah akan terima bayaran khas tersebut pada 25 JANUARI 2022.
Soalan Lazim & FAQ
- Berapakah jumlah keseluruhan Penjawat Awam Malaysia 2022?
Terdapat seramai 1.7 juta penjawat awam di seluruh Malaysia. - Bilakah tarikh bayaran bonus penjawat awam 2022?
FLIP.MY telah kemaskini tarikh tersebut. Boleh buat semakan melalui maklumat di atas. - Bagaimana saya nak tahu samada bayaran bonus saya kena tahan atau tidak?
Sila semak link pautan pekeliling bonus 2022 yang dikongsikan di atas.
Pemberian dan bayaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini diharapkan dapat meringankan serba sedikit bebanan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh semua kakitangan kerajaan.
Ini juga merupakan tanda dan ucapan terima kasih daripada pihak kerajaan atas segala sumbangan dan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh semua penjawat awam dan kakitangan kerajaan selama ini.
Pekeliling Bantuan khas kewangan 2022: https://docs.jpa.gov.my/
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].