FLIP.MY kongsikan informasi beza PhD dan EdD kepada rakan-rakan warga pendidikan. Informasi perbezaan ini akan membantu guru-guru, pegawai pendidikan, jurulatih dan warga pendidikan membuat pilihan yang tepat untuk menyambung Ijazah Kedoktoran.
Program PhD (Doctor of Philosophy) sudah terlalu kita biasa dengar di Malaysia. Namun EdD (Educational of Education) pula jarang disebut-sebut dan hanya pepular dalam kalangan warga pendidikan sahaja. Lebih ramai yang buka mata apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menawarkan biasiswa kepada penuntut Educational of Education menerusi ePenawaran bermula 2022.
Pengenalan PhD dan EdD
Informasi ini sering kali diketengahkan oleh Dr. Othman Talib menerusi tulisan blog, saluran Youtube dan laman Facebooknya. Menurut beliau, Doctor of Philosophy dan Educational of Education adalah Ijazah kedoktoran yang setara kedudukannya dan membawa gelaran ‘Dr.’ bagi semua yang bergraduat.
Artikel Berkaitan: Permohonan HLP / HLPS / CBBP DB / EdD / SPADA / IR 4.0
Pengajian melalui program PhD lebih research-based. Jika anda sememangnya berminat dalam dunia scholar, berhasrat menjadi penyelidik khususnya pada tahap pendidikan tinggi.
Educational of Education pula lebih cenderung kepada educational-technical research-based. jika anda mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang pendidikan dengan komponen coursework serta research, Educational of Education lebih sesuai.
- PhD : Penyelidik di peringkat pengajian tinggi
- EdD : Pegawai Pendidikan / Guru
Beza Kajian PhD dan EdD
PhD adalah penyelidikan lengkap, 3 tahun pengajian sepenuhnya hanya fokus kepada satu penyelidikan sahaja. Manakala pelajar EdD pula akan memanfaatkan tempoh masa 3 tahun dengan coursework untuk mendalami aspek teori, pengetahuan serta penyelidikan.
Jumlah perkataan laporan penyelidikan PhD adalah menjangkau 80,000 patah perkataan. Manakala bagi pelajar EdD pula sekitar 50,000 – 60,000 patah perkataan sahaja dengan tempoh masa yang terhad.
Walaupun jumlah perkataannya berbeza, kedua-dua kajian ini adalah penyelidikan lengkap dan format penulisannya juga adalah sama bagi setiap bab. Sekiranya anda ingin memilih EdD, pastikan anda telah mempunyai pengalaman dalam bidang yang ingin dikaji.
Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri
Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.
🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy
🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy
Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].