Cara Tebus Baucar Buku RM 100 Melalui Aplikasi DELIMa

Ketahui Cara-Cara tebus Baucar Buku 2024. Murid dan pelajar kini boleh menebus baucar ini yang bernilai sehingga RM100 melalui aplikasi DELIMa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai jam 2.00 petang, 31 Mei 2024.

Murid atau pelajar boleh memilih judul yang mereka minati daripada pelbagai pilihan yang tersedia, dan membuat bayaran menggunakan kredit yang diperoleh daripada penebusan baucar.

Langkah proaktif pihak kerajaan ini bukan sekadar mampu meringankan beban, namun dapat mengasuh minat membaca dalam kalangan murid dan pelajar. Melalui langkah ini, kita dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bahasa, merangsang fikiran dan kreativiti, serta membantu mengurangkan stres dalam kalangan penuntut.

Amalan membaca juga meningkatkan fokus dan konsentrasi, memperluas perspektif, dan meningkatkan kecerdasan emosi. Kesemua ini menjadikan individu lebih berpengetahuan, kreatif, dan empati, serta lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan.

Ketahui Cara Tebus Baucar Buku

Pengagihan untuk murid dan pelajar institusi pendidikan di bawah KPM akan disalurkan mulai Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang melalui aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

Cara Tebus Baucar Buku
  1. Log masuk ke aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa
  2. Seterusnya, Klik ikon Kota Buku Digital.
  3. Daftar akaun di bahagian Kota Buku Digital, kemudian kredit akan dipapar melalui akaun masing-masing.
  4. Pilih tajuk buku yang digemari daripada kepelbagaian judul yang tersenarai terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
  5. Setelah siap memilih buku, daftar keluar (check-out) dan gunakan pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
  6. Buku yang dibeli akan dihantar segera ke alamat yang didaftarkan.
  7. Proses selesai.

Manfaat Pemberian Baucar Buku 2024

Meringankan Beban Kewangan: Membantu meringankan beban kewangan keluarga, terutama dalam membeli bahan bacaan dan keperluan pendidikan anak-anak.

Meningkatkan Minat Membaca: Murid dan pelajar lebih terdorong untuk membeli dan membaca lebih banyak buku, sekaligus meningkatkan minat dan tabiat membaca di kalangan mereka.

Menyokong Pendidikan Berkualiti: Memastikan bahawa semua pelajar mempunyai akses kepada bahan bacaan yang berkualiti, yang penting untuk perkembangan akademik dan pengetahuan mereka.

Merangsang Industri Buku Tempatan: Memberi manfaat kepada penerbit dan penjual buku tempatan, kerana ia meningkatkan permintaan dan pembelian buku dalam negara.

Mengurangkan Ketidaksamaan Pendidikan: Baucar buku membantu mengurangkan jurang ketidaksamaan pendidikan antara pelajar dari latar belakang ekonomi yang berbeza, memastikan semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan bahan bacaan yang diperlukan.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

4 thoughts on “Cara Tebus Baucar Buku RM 100 Melalui Aplikasi DELIMa”

  1. 1)anak pertama saya nak daftar voucher tu di delima tp bila click tebus dia keluar error 404,belum sempat daftar apa2,
    2)anak no.2 saya dah berjaya daftar tapi bila nak check out tak ada appear voucher dan bila check kt dashboard tak ada masuk rm100 tu,nilainya kosong

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!