Bantuan KWAPM 2021 Meringankan Beban Keluarga Berpendapatan Rendah

Bantuan KWAPM 2021 ini merujuk kepada duit atau wang yang disalurkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Tabung ini dilancarkan pada 10 April 2003 yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan melalui Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah dan diteruskan sehingga kini.

Tujuan utama adalah untuk meringankan beban murid kurang berkemampuan secara bulanan, tertakluk kepada keadaan kewangan Tabung KWAPM. Nisbah dana dan jenis bantuan yang diberikan bergantung pada kapasiti dana KWAPM dan boleh diubah oleh Jawatankuasa Pengurusan KWAPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tiga Jenis Bantuan KWAPM

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ini diharapkan dapat mengelakkan keciciran dalam sistem pendidikan akibat daripada ketidakmampuan dari segi kewangan. Berikut merupakan tiga langkah untuk membantu murid-murid miskin:-

  1. Bantuan Am Persekolahan (BAP)
    • Disalurkan terus kepada murid ke akaun murid atau pengagihan berbentuk tunai atau bukan tunai (pakaian seragam, peralatan sekolah dan keperluan persekolahan yang lain) ;
  2. Bantuan Bulanan (BB)
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank murid secara bulanan atau sekaligus (lump sum)
  3. Bantuan Kecemasan (BK)
    • Penyerahan kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang dinyatakan pada tahun semasa.

Kelayakan Bantuan KWAPM

  • Murid Warganegara Malaysia : tercatat dalam sijil kelahiran. Dokumen pengesahan taraf kewarganegaraan JAKOA boleh diguna pakai untuk murid Orang Asli.
  • Melibatkan murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) serta Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
  • Berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA dan disahkan status Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem tersebut.
  • Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
  • Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA yang merujuk kepada Paras Garis Kemiskinan  (PGK) Nasional terkini.
  • Tidak layak bagi murid yang telah menerima bantuan melalui Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP), Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Biasiswa daripada pihak Swasta, Kerajaan Negeri, yayasan atau mana-mana bantuan persediaan ke sekolah dalam bentuk kewangan.
  • Tidak layak bagi Murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) kerana telah menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) daripada KPM berjumlah RM150.00 sebulan.
  • Tidak layak bagi murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP)  atau sekolah di luar pentadbiran KPM.
  • Murid hanya layak menerima di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).

Sumbangan ke Tabung Bantuan KWAPM

Sekiranya mana-mana pihak berminat untuk membantu golongan pelajar miskin, anda bolehlah menyumbang kepada tabung ini dengan cara berikut:

  • Kreditkan sejumlah wang ke akaun Maybank “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin KWAPM” : 5640 1611 7704.
  • Faks butiran kepada Unit Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin – Cawangan Bantuan, Bahagian Kewangan, KPM. Hubungi: 03-88847611/7509 untuk mendapatkan resit rasmi.
  • Setiap sumbangan akan menerima resit rasmi untuk mendapatkan pengecualian cukai daripada pihak LHDN.
  • Penjawat awam boleh melengkapkan borang potongan gaji bulanan dan membuat caruman melalui skim potongan gaji bulanan sukarela untuk menyalurkan sumbangan.
Bantuan KWAPM 2021

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini.

🔴 WHATSAPP : @flipdotmy
🔴 FACEBOOK : @flipdotmy

🔵 TELEGRAM : @flipdotmy
🔵 INSTAGRAM : @flipdotmy

Sebarang masalah, aduan, keperluan dan apa juga perkara yang ingin dikongsikan bersama kami, guru-guru boleh hubungi melalui emel [email protected].

Leave a Comment

error: Content is protected !!